Sultanah Kelantan, DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah berkenan membuat kemunculan pertama apabila menerima mengadap Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan (PKDK) yang diadakan di Istana Negeri Kubang Kerian pada Isnin.

Menerusi laman sosial Facebook Unit Media Pejabat Sultan Kelantan, baginda turut berkenan mengurniakan cenderamata kenangan kepada semua ahli rombongan.

Rombongan PKDK diketuai oleh Presiden Pertubuhan Kerabat D’Raja Kelantan, Yang Mulia Tengku Ramizan Tengku Abdul Aziz dan beberapa ahli pertubuhan yang lain.

Hadir sama menyambut Sultanah Kelantan ialah Tengku Sri Kelana D’Raja Kelantan, Datuk Seri Raja Rezza Shah, Tengku Kaya Perkasa, Yang Mulia Datuk Dr. Tengku Mohamed Faziharudean Tengku Feissal dan pegawai-pegawai Istana Kelantan.


Sementara itu di ruangan komen, perkongsian itu mendapat reaksi yang positif daripada wargamaya.

Rata-ratanya pertama kali melihat kemunculan baginda di khalayak dan turut memuji kecantikan Sultanah Nur Diana yang tampil manis bertudung.

“Cantik Tuanku Sultanah Kelantan,” komen seorang wargamaya.

“Wow first time tengok sultanah Kelate,” kata seorang wargamaya.

“Cantik tuanku permaisuri sultanah Kelate,” puji seorang wargamaya.

“DYMM Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan. Comeynyooo,” tulis seorang wargamaya.

“Moga Tuanku Sultanah dalam perlindungan Allah selalu,” ujar seorang wargamaya lagi.

Untuk rekod, ini merupakan kemunculan pertama Nur Diana Petra di Istana Kelantan selepas diisytihar sebagai Sultanah Kelantan pada 2 Ogos lalu.