HIBURAN
Manis Sedondon! Syed Saddiq Bawa Bella Astillah Ke Parlimen, Netizen Pula Usik: “Parlimen Dulu, Baru Ke Pelamin”
Nama pelakon dan penyanyi Bella Astillah dan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq sekali lagi mencuri perhatian ramai terutama di media sosial.
Syed Saddiq Bawa Bella Ke Parlimen
Terbaharu, tular di media sosial memaparkan kemunculan Bella Astillah di Parlimen Malaysia pagi tadi.
Menerusi perkongsian Ahli Parlimen Bentong iaitu Young Shefura di X, tular sebuah foto memaparkan sosok Bella bersama Syed Saddiq dalam dewan Parlimen.
Segak berbaju sedondon, kemunculan Bella dan Syed itu turut ditemani anak sulung Bella iaitu Ayden Adrean.
“Ada orang bawa Bella Astillah ke Parlimen,” tulis Shefura.
Dalam pada itu, menjengah ke profil Bella di Instagram pula, dia ada berkongsi foto bersama Syed dan anaknya.
“Hello from Parliament,” tulis Bella ringkas.
Menjengah ke ruangan balas di media sosial, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.
Usik Naik Pelamin
Rata-rata netizen mengusik Bella dan Syed agar ‘naik pelamin’.
“Bawa ke parlimen (sudah) Bawa ke pelamin (akan datang),” tulis netizen.
“From Parlimen to Pelamin,” usik netizen lain.
“Parlimen dulu, baru ke Pelamin,” komen netizen lagi.
Terdahulu, netizen 'merestui' hubungan Bella dan Syed malah mendoakan agar dua figura itu bertemu jodoh kerana disifatkan serasi dan memiliki wajah seiras.
Untuk info, Bella bergelar ibu tunggal kepada dua cahaya mata, Mohamed Ayden Adrean, 8 dan Ara Adreanna, 5, selepas bercerai dengan bekas suami, penyanyi Aliff Aziz pada 13 Jun tahun lalu. Manakala, Syed Saddiq pula masih bujang.