READ
Manisnya CYNTHIA BELLA Mekap Tipis, Bakal Isteri Engku Emran — Pengantin Malaysia Perlu Lihat ‘Look’ Ini

Oleh: Athirah Zulkifli

Kredit foto: Instagram @laudyacynthiabella
PELAKON utama filem box office, ‘Surga yang Tak Dirindukan’, Laudya Cynthia Bella baru-baru ini telah memuat naik beberapa foto majlis khatam Al-Quran dan doa selamat di akaun sosial Instagram miliknya.
Majlis tersebut diadakan sebagai tanda kesyukuran serta meminta doa restu daripada ahli keluarganya sebelum Laudya Cynthia Bella melangsungkan pernikahan dengan bakal suami, Engku Emran Engku Zainal Abidin. Mereka akan mengadakan majlis pernikahan secara sederhana di Malaysia pada Sabtu (9 September) ini. Pastinya ramai yang ternanti-nanti, bagaimana majlis perkahwinan Cynthia Bella dan Engku Emran nanti.
Apa pun peminat di Malaysia dan Indonesia mendoakan yang baik-baik sahaja buat Bella dan lelaki bertuah yang berjaya memiliki hati Bella. Semoga ikatan yang terjalin kekal hingga Jannah.