Manisnya Potret Pernikahan Joe Jonas dan Sophie Turner di Perancis!
Azwa Rahman
04/07/2019 09:09 MYT
04/07/2019 09:09 MYT
Penyanyi Joe Jonas dan pelakon Sophie Turner selesai melangsungkan perkahwinan impian mereka dalam satu majlis yang begitu romantik.
Berkongsi momen indah itu di laman Instagram masing-masing, pasangan ini melangsungkan perkahwinan mereka di Château du Martinay di Carpentras, selatan Perancis.
“Mr and Mrs Jonas”, tulis Jonas dan Turner sambil berkongsi gambar yang sama dalam versi hitam dan putih di laman Instagram masing-masing.
Turner, 23, kelihatan menawan mengenakan gaun Louis Vuitton rekaan Nicolas Ghesquière.
Sehari sebelum tarikh perkahwinan mereka pada 26 Jun lalu, Ghesquière berkongsi satu foto gaun persandingan indah Turner di akaun Instagramnya dan ia menerima pujian ramai.
Jonas, 29, pula segak mengenakan persalinan suit serba hitam dari jenama mewah Perancis, Berluti.
Potret indah perkahwinan mereka turut dihujani ucapan tahniah dan doa selamat untuk rumahtangga yang dibina.
Tidak ketinggalan ramai netizen memuji pasangan ini apabila sinar kebahagian jelas terpancar di wajah Jonas dan Turner.
Terdahulu, pasangan ini telah mendaftarkan perkahwinan mereka pada 1 Mei yang lalu di Las Vegas selepas acara Billboard Music Awards.