“Manisnya Senyuman Awak!” - Peminat Puji Lakonan Alif Hadi Dalam Red Velvet

Kamaruddin Razal
November 1, 2017 13:30 MYT

Lakonan aktor Alif Hadi dalam Red Velvet arahan Hadith Omar mencuri perhatian penonton setia drama bersiri itu.

Menerusi pemerhatian Astro Gempak di laman sosial, cara Alif membawakan watak Daniyal mula menarik perhatian peminat.
Pengikut laman sosial Instagram Alif, (@alifhadi) juga memuji cara jejaka itu mencorakkan watak Daniyal.
Selain itu, ramai juga peminat wanita yang memuji ketampanan aktor itu serta senyuman Alif yang disifatkan sebagai manis.
Selain Alif, drama bersiri Red Velvet dijayakan oleh Neelofa, Alif Satar, Amira Othman, Hafidz Roshdi, Nina Nadira dan ramai lagi.
Sama-sama kita saksikan drama bersiri Red Velvet yang bersiaran setiap Isnin hingga Khamis, jam 10.00 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).
Untuk berinteraksi mengenai drama bersiri ini di laman sosial, jangan lupa sertakan hashtag #RedVelvetDrama #RedVelvet.

Teks oleh: Kamaruddin Razal

Foto: Instagram @alifhadi

#Red Velvet #Alif Hadi