Manisnya...Gaya Selendang Permaisuri Agong Semakin Diikuti!
Fiza Kamarudin
05/09/2019 03:02 MYT
05/09/2019 03:02 MYT
Jika sebelum ini sekumpulan pelajar wanita tingkatan lima menjadikan gaya selendang Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Almarhum Sultan Iskandar sebagai inspirasi, nampaknya fesyen tersebut terus menjadi ‘trend’ masa kini.
Yang terbaru, Tunku Azizah telah memuat naik foto seorang kanak-kanak perempuan menggayakan baju kurung berserta selendang tetapi dalam tema Hari Kebangsaan.
Menerusi ruangan kapyen, Tunku Azizah menulis, “Way to go baby” pada foto kanak-kanak comel tersebut yang diambil di hadapan bilik darjah, sebuah sekolah.
Posting tersebut telah menerima lebih 1000 komen dan 11 ribu tanda suka oleh pengikut baginda di akaun sosial Twitter.
Sebelum itu, baginda turut mengulang kicau foto pra-perkahwinan yang dimuat naik oleh pengguna Twitter dikenali sebagai Syafiq Azmim.
Foto manis pasangan tersebut telah menarik perhatian baginda yang memuji mereka dengan menulis “cutenya” pada ruangan kapsyen.
Terdahulu, Syafiq Azmim memuat naik beberapa keping foto pra-perkahwinan, bersama tunang Kharunissa Kahiruddin sambil menyebut nama Tunku Azizah (@cheminahsayang).
“Sejuk juga hati dapat tengok orang tersayang pakai baju dan berpakaian menutup aurat macam ni. Kita jadikan inspirasi cara pakaian Tuanku Permaisuri Agong, @cheminahsayang yang sangat sopan dan sejuk mata memandang. Semoga tuanku sentiasa dilindungi Allah SWT. Amin,” tulisnya.
Baginda kemudiannya memberi respon “Alhamdulillah” pada ruangan komen foto tersebut.