Manjanya Suara Kak Lina Pom Pom… Reaksi Aman Ra Buat Netizen Terhibur!

Azwa Rahman
September 11, 2019 10:07 MYT
Penyanyi rap Aman Ra menarik perhatian netizen apabila mempamerkan wajah tercengang ketika namanya diseru oleh penyanyi Elly Mazlein.
Menerusi laman sosial Instagram, Aman Ra berkongsi sedutan video daripada rancangan I Can See Your Voice 2 untuk tatapan umum.
Suara lentok Elly atau lebih mesra disapa Kak Lina yang memanggil nama Aman Ra dengan manja turut membuatkan Mas Idayu selaku artis jemputan terhibur.
“Aman Raaa, Aman Ra rasa yang mana sebab mama akan ikut jawapan Aman Ra...” ujar kak Lina menerusi sedutan video terbabit.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi dua selebriti tersebut.
Malah, ada netizen yang turut bergurau berharap Aman Ra tidak tidur di luar rumah gara-gara diseru suara manja kak Lina.
Sedikit perkembangan terkini, Elly akan disatukan bersama jejaka pilihannya dalam masa terdekat.
BACA: “Walaupun Beza 10 Tahun, Dia Sangat Matang” – Elly Mazlein & Bakal Suami Akan Adakan 5 Majlis
#Penyanyi #Aman Ra #Penyanyi #Manja