Laman Utama

“Mansuh Cuti Penggal Sekolah, Beri Peluang 'Catch Up’ Semula Pembelajaran” - MIMBAR

gempak
Mya Amri
09/03/2021
02:48 MYT
Sponsor Banner
“Mansuh Cuti Penggal Sekolah, Beri Peluang 'Catch Up’ Semula Pembelajaran” - MIMBAR
Permuafakatan Ibu bapa Malaysia (MIMBAR) mencadangkan supaya semua cuti penggal persekolahan bagi tahun ini dimansuhkan, lapor Astro AWANI
Menurut Yang Dipertuanya, Datin Seri Ismalina Ismail , tujuan tersebut bagi memberi peluang kepada para pelajar untuk mempelajari semula pembelajaran yang tertinggal sebelum ini
“Kebanyakan ibu bapa yang saya jumpa mengatakan kurang sikit signifikannya cuti penggal ini sebab mereka dah terlalu lama berada di rumah.
Jadi mereka ini dah banyak ketinggalan, justeru ibu bapa minta saya mengutarakan supaya dipertimbangkan untuk ditiadakan cuti penggal,” ujarnya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu, beliau juga berharap agar pihak sekolah berasrama dapat melaksanakan Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan ketat terutamanya kepada pelawat yang ingin masuk ke kawasan sekolah berkenaan.
“Kita berharap pemantauan SOP ini dapat dijalankan dengan teratur dan efektif yang mana bila anak-anak balik ke asrama mereka tidak dijangkiti.
"Pelawat atau orang luar yang masuk ke kawasan sekolah harus diperiksa dulu mengikut SOP yang ditetapkan.
“Sebab kita tidak mahu orang luar yang masuk ke kawasan sekolah bawa virus dan menyebabkan timbulnya kluster baharu,” tambahnya lagi.
Sumber / Foto: Astro Awani
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live