Setelah dua tahun tidak menghasilkan lagu baharu, Haiza akhirnya menarik nafas lega apabila lagu mengeluarkan lagu baharu berjudul ‘Mantan Isterimu’ baru-baru ini.
Lagu yang sudah pun berada di semua platform digital sejak 22 Februari lalu merupakan karya Ajai dan lirik oleh Iman Imran bukan sahaja cukup menangkap halwa telinga, tetapi liriknya juga mudah difahami oleh sesiapa sahaja.
“Memang rindu sebenarnya nak mengeluarkan lagu baharu setelah Young & Gentlemen keluar dua tahun yang lalu. Bila sudah ada peluang begini, sudah pasti saya gembira memandangkan ada produk baharu untuk diberikan kepada peminat.
“Lagu ini sendiri ada banyak perbezaan berbanding dengan lagu terdahulu. Genre world music dan fusion lebih menghiburkan serta dekat dengan peminat memandangkan ini merupakan asam garam rumah tangga,” kata Haiza.
Menariknya, Mantan Isterimu merupakan ditulis oleh Iman Imran berdasarkan kisah perempuan yang gila talak apabila berlakunya perceraian.
Bagi Haiza, perkara itu bukan tabu dalam kalangan masyarakat tetapi bisa berlaku.
Jika frasa gila talak disebut, masyarakat biasanya akan teringatkan lelaki memandangkan kebanyakan kes ini pernah berlaku padahal ada juga wanita tidak ‘move on’ sebaik sahaja berlakunya penceraian.
“Kita faham tak semua orang akan move on bila berlaku perpisahan. Kenapa perkara tersebut terjadi?
“Hanya mereka sahaja yang tahu apa sebenarnya yang terjadi sedangkan orang luar terus menerus membuat andaian.
“Semua kisah masyarakat yang berlaku dirumus oleh Iman Imran ke dalam lagu ini. Bagi saya ini sesuatu yang segar, lain dan dekat dengan pendengar,” katanya yang menganggap ini merupakan sebuah kritikan sosial kepada masyarakat.
Bercerita mengenai perkembangan terbarunya pula, penyampai radio Kool FM ini turut merasai perubahan besar dalam kerjaya sejak Covid19 melanda dunia.
Jika dahulu dia sering melakukan banyak pekerjaan dalam satu masa yang sama, kini fokusnya lebih tertumpu kepada radio semata-mata memandangkan sudah kekurangan acara hiburan berbanding dahulu.
“Dulu saya buat tiga atau empat kerja sekali gus. Sekarang sudah tak banyak show memandangkan acara hiburan makin kurang disebabkan SOP dan sebagainya. Tapi saya bersyukur kerana masih mempunyai pekerjaan tetap.
“Ada dalam kalangan rakan-rakan artis lain juga berhadapan dengan masalah yang sama sampai terpaksa mencari pendapatan dengan cara yang lain. Semua orang pun terkesan, ini realiti yang sudah dihadapi oleh semua,” tambahnya lagi.
Baginya semua orang perlu mengambil peluang menggunakan platform digital untuk melakukan apa sahaja demi mencari sumber pendapatan atau mencari rangkaian baru.
Dengan ada pelbagai platform, siapa sahaja mampu melakukan apa sahaja termasuklah berniaga, memasarkan produk dan sebagainya. Dia juga tidak terkecuali dalam hal tersebut untuk memasarkan Mantan Isterimu.
“Perubahan semasa tetap akan berlaku dan semua orang perlu memanfaatkan peluang yang ada. Kita berusaha dan Tuhan juga yang menentukan, apa yang penting adalah langkah pertama itu,” katanya lagi.
Fiza Kamarudin
Fri Mar 05 2021


Umur 92 Tahun, Rupert Murdoch Bakal Kahwin Kali Kelima
Kalau dah jodoh kan.

Mafia Ugut, Mengaku Hidup Didedikasikan Untuk Bunuh Salman Khan
Takutnya, semoga Salman dilindungi.

“Pihak Sana Masih Dalam Siasatan Atas Kesalahan Persetubuhan Luar Nikah” - Puteri Sarah
Puteri Sarah jawab dakwaan Syamsul.

Syamsul Yusof Dakwa Puteri Sarah Curang Dengan Bekas Kekasih Berstatus Suami Orang
Syamsul failkan permohonan nusyuz.

Ucapan Pertama Bruce Willis Selepas Didiagnos Nyanyuk
Semoga semuanya baik-baik sahaja.

"Boleh Jumpa Anak, Cuma Jangan Jumpa Saya" - Nurul Shuhada
Doakan terbaik

“Saya bangga, Tak Kisah Nak Panggil Ayam” – Naim Daniel Ucap Terima Kasih, Watak Dalam High Council Dihargai
Naim Daniel jadi Ayam memang best!

“Semalam Sekolah, Hari Ini Nikah” - Remaja Perempuan Bergelar Isteri Sehari Selepas Tamat SPM
Jodoh awal

Lapangan Terbang Huru Hara, Penumpang Bawa Pulang Siput Ba*i Gergasi Untuk Dimakan
Aduh nervous betul bila jadi macam ni.

"Tengok Jodoh Macam Mana, Rasa Sayang Itu 50-50” - Hafidz Roshdi
Semoga dipermudahkan