Mantap! Bukan Hanya Nusafest, Jemson Bawa Muzik Ke Festival Jepun Februari Depan
Maliah Surip
12/12/2022 11:52 MYT
12/12/2022 11:52 MYT
Bagi penggemar muzik komersial, nama Jemson mungkin kedengaran sangat asing di telinga, sementelah lagu mereka tidak pernah diputar di radio.
Namun, bagi pengikut muzik aliran underground dan alternatif, Jemson adalah sebuah projek band yang sedang mempengaruhi minat mereka dengan cukup ‘mengganas’.
Maka tidak hairan apabila Jemson yang ditubuhkan pada 2019 oleh vokalis Oh Chentaku, Myo dan Najmi dari band metalcore, Incarnation akan menjadi salah satu daripada 22 pemuzik yang terlibat dalam festival Nusafest pada 4 dan 5 Februari 2023.
Teruja dengan pembabitan mereka dalam Nusafest yang dijadual diadakan di Bandar Malaysia, Kuala Lumpur kelak, Myo mengaku tidak menyangka projek band yang dijalankan sewaktu pandemik COVID 19 lalu kini makin diterima baik dalam kalangan penggemar.
Apa lagi lagu lagu mereka di saluran YouTube seperti Pape Saje feat AG Coco, Lagu Paling Kecewa Di Dalam Dunia (feat Raja Nazrin Shah dari SOG) dan Lu Power (feat Noh Salleh) atau Melankoliar menerima rata rata melebihi 50 ribu tontonan.
“Sebenarnya Oh Chentaku masih ada dan Jemson yang ditubuhkan sewaktu pandemik adalah sebuah projek band saya bersama Najmi, yang sebenarnya bukan dalam kawan, kecuali kenal sebagai antara pemuzik.
“Saya percaya sesuatu kerja tidak akan berjalan tanpa kerjasama atau kolaborasi, sebab itu saya dan Najmi bersama. Menariknya, Jemson diterima ramai dan ia membuatkan kami ingin terus mempromosikan projek band ini secara meluas lagi.
“Maka dengan pembabitan dalam Nusafest, selain menghiburkan peminat kami, Jemson berharap dapat menarik perhatian penggemar muzik lain yang datang ke festival ini kelak,” ujar Myo sewaktu ditemui media baru baru ini.
Lebih membanggakan, diam diam, Jemson yang merupakan pasangan duo itu akan menjadi salah satu line up yang menyemarakkan festival muzik nun jauh di Jepun.
Jemson, yang ironinya tidak mempunyai sebagai makna kecuali disebut dengan cara yang ‘nakal’ itu akan terbabit dalam Music Lane Festival Okinawa 2023 yang berlangsung di Music Town, Otochiba Okinawa City pada 18 dan 19 Februari 2023.
“Selepas Nusafest, kami akan terbang ke Jepun untuk menyertai Music Lane Festival Okinawa 2023 di Jepun.
“Ini adalah pembabitan perdana kami dalam festival antarabangsa dan menjadi progres yang baik buat Jemson.
“Walaupun kami baru, sebab itu kami mahu dan sedang memberitahu semua orang tentang nama kami Jemson dan mahu ia diingati,” kata Myo.
Bercakap tentang pendekatan Jemson, Myo berkata muzik dan penyampaian mereka sangat santai dan tidak terlalu teknikal.
“Jemson lebih straight rock and roll dan bersifat festival untuk semua chill dengan muzik kami,” katanya lagi.
Myo dan Najmi juga berharap pada 2023, mereka akan lebih dikenali sebagai Jemson kerana mempunyai banyak impian dan projek baharu yang mahu diusahakan bersama rakan penyanyi lain sebagai teman kolaborasi.