Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mantap Gabungan Duet 'Tak Ingin Usai'! Keisya Levronka Puji Nabila Razali; "Dia Memang Punyai Kualiti Vokal Sangat Bagus"

Asyikin Mayudin
19/10/2022 20:55 MYT
Gabungan dua vokal dari Malaysia dan Indonesia, kolaborasi penyanyi Keisya Levronka dengan Nabila Razali menerusi lagu Tak Ingin Usai (versi duet) mendapat sambutan hangat.

Lagu asal nyanyian Keisya itu merupakan single keempatnya yang dilancarkan pada Mei lalu di bawah Universal Music Indonesia dan hasil ciptaan Mario G Klau, bersama penerbit Tohpati.

Senang bekerjasama dan berharap lagu duet itu diterima peminat, Keisya turut memuji vokal Nabila yang dilihat sangat bagus.

“Sangat senang sekali dapat bekerjasama dengan Nabila, dia memang punyai kualiti vokal yang sangat bagus. Mudah-mudahan lagu ini makin diterima bukan sahaja di Indonesia dan Malaysia, juga di negara-negara lain, itu harapan kita semua,” katanya.

Projek kolaborasi ini bermula dari video yang dimuatnaik Nabila Razali di saluran YouTube miliknya yang menyanyi semula lagu Tak Ingin Usai yang mendapat respon yang sangat baik.

Kualiti dan karekter vokal yang sangat kuat daripada kedua-duanya membuat lagu itu lebih menarik untuk didengari selain mereka saling mengisi satu sama lain.

Lagu ini menceritakan tentang hubungan percintaan yang memang tidak boleh dipaksa, sehingga harus usai, biarpun hal itu berat untuk dilakukan.

Sebelum ini, Keisya Levronka pernah meraih penghargaan dari Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM) menerusi lagu Tak Ingin Usai pada September lalu.

Tidak hanya dalam bentuk audio, para peminat juga disajikan video lirik yang sangat menarik dari single Tak Ingin Usai (duet versi) ini.

Video lirik ini dihasilkan di Malaysia ketika Keisya Levronka malakukan promosi di negara tersebut dan diarah oleh Irfan Ramos.

Undi bintang digital dan content kegemaran anda di dalam carta mingguan Gempak Most Wanted 2022 di sini.

Anda juga boleh membuat pencalonan baharu untuk carta mingguan seterusnya. Selamat mengundi!

#Nabila Razali #Nabila #Keisya Levronka #Tak Ingin Usai #Keisya #Keisya Nabila
;