Filem animasi yang ditunggu-tunggu tahun ini, Mechamato Movie berjaya meraih kutipan sebanyak RM1.1 juta pada hari pertama tayangan.

Berita gembira itu dikongsikan menerusi satu muat naik di Instagram Astro Shaw siang tadi.

“Alhamdulillah, sambutan luar biasa.

“Filem Mechamato Movie berjaya meraih kutipan RM1.1 Juta di hari pertama tayangan,” tulisnya pada kapsyen.

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Sementara itu, menjengah ke ruangan balas, ramai wargamaya yang turut tumpang gembira dan menyampaikan ucapan tahniah di atas kejayaan filem terbitan MONSTA tersebut.

Sebelum ini, pada malam tayangan gala filem animasi tersebut, ramai penonton yang berkesempatan menyaksikan dan melahirkan rasa teruja serta seronok.

Untuk info, Astro Shaw merupakan penerbit bersama dengan syarikat MONSTA selain menjadi pemasar dan pengedar Mechamato Movie.

Sinposis:

Mechamato mengisahkan bapa kepada watak BoBoiBoy iaitu Amato yang muncul dalam BoBoiBoy Movie 2, seorang pemuda yang secara tidak sengaja menjadi pemilik MechaBot, sebuah Power Sphera berkebolehan membentuk “mechanize’ dengan objek lain.

Hasil gabungan mereka telah mewujudkan kemunculan wira, Mechamato! Keadaan menjadi lebih sangat cemas apabila Mechamato bakal berhadapan dengan penjahat berupa alien, Grakakus yang ingin merampas MechaBot daripada tangan Amato untuk memastikan agenda jahatnya terlaksana!

Apakah agenda jahat yang dirancang oleh Grakus? Mampukah adiwira baru ini menghalang agenda jahat Grakakus? Kalau nak tahu apa yang terjadi, saksikan Mechamato di pawagam berdekatan anda sekarang!