Selepas enam hari tayangan filem pertama terbitan Datuk Awie, 10 Tips Tipu Bini masih mengungguli carta top 5 Astro First.

Rata-rata penonton juga memberikan komen positif dan terhibur dengan jalan ceritanya yang santai dan mencuit hati.

Malah ‘tagline’ ‘Mantap Pak Abu’ yang disebut Jepp (Joey) juga sudah mula menjadi sebutan penonton. Fuhhh! Memang menjadilah!

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Kepada yang masih belum menonton, ini sebab kenapa anda perlu melanggan 10 Tips Tipu Bini sekarang:

1) Barisan pelakon yang memang tak perlu diragui lagi kehebatan mereka di layar lebar, di pentas lawak mahupun kaca televisyen!

2) Kemunculan Nasir Bilal Khan (Ayah King) dengan tattoo di wajah memang lain macam! Maklumlah sebelum ini Nasir sering dibayangi watak Tok Adi si penggali kubur!

3) Dalam komedi ada tarbiah! Antara babak yang tidak boleh dilupakan ialah ketika Raffi (Ropie) ditarbiah seorang penunggang motosikal lain ketika berhenti di lampu isyarat. Sempat tau!

4) ‘Brother Love’ sentiasa menjaga ‘client’ dan akan muncul setiap kali ‘client’ buntu nak bagi alasan pada isteri.

5) Tiga orang isteri berlainan perwatakan iaitu Aishah (Vicha) yang garang, Khatijah (Ziema Din) selalu curiga dan Jas (Nazia Mustafar) sentiasa ‘husnudzon’. Jadi pengajarannya ialah kalau suami tu memang dah penipu, isteri baik macam mana pun tetap terkena!

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

6) Salah satu babak ketika Kay berbohong kepada isteri mengingatkan kita kepada ‘Pak Maon’ dalam filem arahan Tan Sri P.Ramlee, Nasib Do Re Mi.

7) Ada mesej yang baik dalam filem ini iaitu tentang kejujuran dalam kehidupan berumah tangga.

8) Jangan hancurkan kepercayaan yang diberikan isteri. Contohnya Jepp, isterinya terlalu baik dan tidak pernah berprasangka tetapi kerana nafsu, Jepp tetap ‘try’ budak praktikal di pejabatnya!

9) Jangan kacau suami orang! Rasanya ramai yang akan geram dengan Anna (Elizabeth Tan), Eisya (Amy Nur Tinie) dan Sara (Monica Picca) dalam 10 Tips Tipu Bini ni!

10) Bersainglah dengan sihat, jangan jadi macam Johan (Jehan Miskin) dan Zero (Atu) yang selalu dengki dengan team Dubuk Liar (Raffi, Jep dan Kay).

11) OST 10 Tips Tipu Bini berjudul Dubuk Liar dan Sang Kekasih dinyanyikan kumpulan rock legenda Wings yang dicipta sepenuhnya oleh Datuk Awie!

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)

Filem 10 Tips Tipu Bini diterbitkan Rumah Produksi Merah Sdn. Bhd. yang diarahkan oleh Azizi ‘Chunk’ Adnan, manakala skrip ditulis oleh Armada Al Haq.

10 Tips Tipu Bini sebuah karya menghimpunkan nama-nama seperti Khir Rahman, Ropie, Joey Daud, Vicha, Jehan Miskin, Nasir Bilal Khan, Atu Zero, Azlee Senario, Nazia Mustafar dan ramai lagi.

Filem berdurasi 104 minit ini mengisahkan tentang 3 sahabat baik (Raffi, Kay dan Jepp) yang bekerja sebagai Pengarah Kreatif di sebuah syarikat pengiklanan yang terkenal di Kuala Lumpur bernama Grand Poyo Advertising & Events kepunyaan Dato Dean.

Boleh dikatakan mereka merupakan pekerja yang dedikasi dan mempunyai idea-idea menarik dan hebat. Namun begitu perkara sebaliknya bila mereka berada di rumah masing-masing.

Di rumah mereka adalah seorang suami yang terlalu takut dengan isteri!.

Mereka mempunyai kelab motor berkuasa besar Harley Davidson diberi nama ‘DUBUK LIAR’.

Mereka bertiga sedang mengalami masalah ‘Krisis Pertengahan Usia” yang sering melanda para suami di mana mempunyai niat untuk melakukan sesuatu tetapi takut-takut.

Segalanya berubah dengan kehadiran 3 orang gadis ‘intern’ yang cantik dan muda bekerja di syarikat mereka.

Di situ mereka mula berangan dan memasang niat nakal untuk memikat tiga orang gadis tersebut untuk dijadikan kekasih masing-masing.

Akan tetapi mereka bermasalah dengan kerenah isteri-isteri di rumah. Pelbagai penipuan ‘kiri dan kanan’ direka demi melaksanakan niat-niat mereka itu.

Saksikan filem 10 Tips Tipu Bini di pawagam rumah anda, Astro First sekarang juga!

Untuk melanggan sila ke saluran 480. Anda juga boleh strim 10 Tips Tipu Bini di Astro Go atau On Demand.
Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang!

A post shared by Astro Shaw Sdn Bhd (@astroshaw)