Nampaknya, ramai yang dilihat tidak sabar untuk menyaksikan filem Abang Long Fadil 3 yang bakal menemui penonton di pawagam pada 8 September depan.

Hal tersebut boleh dilihat menerusi respons yang ditinggalkan oleh netizen pada perkongsian video temu bual Zizan Razak mengenai filem Abang Long Fadil 3 di Instagram.

A post shared by ZIZAN RAZAK (@zizanrazak869)


“Mantap Sekali My Idol.”

“Perhhh… steady hero.”

“Tak sabar nak tengok JoZan."

“Favourite movie tahun ni, will repeat 8 September ni and will repeat banyak-banyak kali. Tahniah abang. By the way, part lari tu comel yee.”

Selain Zizan Razak sebagai tunggak utama, Abang Long Fadil 3 turut menampilkan barisan pelakon seperti, Johan, Elizabeth Tan, Maya Karin, Dato AC Mizal, Shuib, Kazar, Ozlyn Wati, Tania Hudson, Joey Daud, Jay Iswazir, Daniella Sha, Khir Rahman, Wak Doyok, Siraj dan penampilan istimewa Hairul Azreen.

Filem Abang Long Fadil 3 bakal mengadakan sesi jelajah yang turut dimeriahkan dengan barisan pelakon pada 10, 11 September di Johor dan Melaka, 16, 17, 18 September di Kedah, Pulau Pinang dan Perak. Untuk maklumat selanjutnya mengenai jelajah ini boleh ikuti Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw.

Filem Abang Long Fadil 3 menyaksikan Fadil kembali dengan misi terbaharu yang lebih berprofil tinggi. Fadil perlu menjatuhkan konspirasi jahat Chow Han, namun dalam pada yang sama Fadil diburu oleh King Cobra atas dendam dahulu.

Saksikan filem daripada francais komedi aksi nombor satu Malaysia, Abang Long Fadil 3, di pawagam seluruh Malaysia, Brunei, Singapura bermula 8 September ini. Gunakan #AbangLongFadil3 dan #ALF3 di platform media sosial bagi berkongsi reaksi anda mengenai filem ini. Ikuti perkembangan terbaru serta klip-klip menarik filem ini di TikTok, Instagram, Twitter, Facebook Astro Shaw dan Astro Gempak.