Laman Utama
“Mantap Side Effect Dia” - Power Cakap Mandarin Lepas Suntik Vaksin, KJ Seru Orang Ramai Jangan Takut
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin (KJ) mencuri perhatian wargamaya apabila memuat naik sebuah video dirinya bertutur dalam bahasa Mandarin selepas selesai menerima vaksin COVID-19.
Menerusi laman sosial Twitter, KJ yang juga merupakan Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan berkongsi video tersebut sebagai seruan untuk semua rakyat Malaysia menerima suntikan vaksin demi perlindungan bersama.
“Hai semua, saya baru terima vaksin Sinovac. Saya nak menyatakan ia adalah selamat. Saya rasa bagus. Bahasa Mandarin tiba-tiba jadi baik. Tak kira apa jenis vaksin pun, ia adalah selamat. Mari bersama perangi virus. Lindung diri, lindung semua!” tutur KJ menerusi ciapan bervideo.
Meninjau di ruangan komen, ramai wargamaya memuji dan terhibur melihat usaha KJ dalam menasihati orang ramai supaya jangan takut untuk menerima suntikan vaksin.
“Kalau macam gini side effect dia, saya nak tunggu vaksin dari Korea lah,” usik seorang wargamaya.
“Ada vaksin dari Sepanyol tak? Mana tau lepas ni boleh fasih Spanish, malas nak baca substitle bila tengok Money Heist, season baru nak release dah ni,” kata seorang wargamaya.
“Sounds like my korean neighbour speaking mandarin. Got slang but totally understandable,” tulis seorang wargamaya.
“Abislah! Lepas ni kelas-kelas mandarin tak dapat cari makan. Vaksin sinovac sekali dos je terus boleh fasih ni,” ujar seorang wargamaya lagi.
Pada Rabu, KJ merupakan individu pertama menerima suntikan vaksin Sinovac dari China di Hospital Rembau, Negeri Sembilan, bersama 10 anggota barisan hadapan.
Vaksin Sinovac tiba di Malaysia pada 27 Februari lalu menjadikannya bekalan kedua bagi vaksin COVID-19 dalam tempoh seminggu, selepas Pfizer-BioNTech diterima pada 21 Februari.
Vaksin Sinovac yang juga dikenali sebagai CoronaVac, diperoleh menerusi perjanjian bekalan meliputi 14 juta dos.