Gaya Hidup

Mantaplah! Artis Lelaki Makin Rajin Jaga Penampilan Rambut

gempak
Badrul Hashim
13/07/2020
23:15 MYT
Sponsor Banner
Mantaplah! Artis Lelaki Makin Rajin Jaga Penampilan Rambut
Menjadi selebriti bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi selain bakat yang ada, gaya dan penampilan merupakan aset penting yang turut menjadi perhatian peminat.
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula selebriti lelaki mengambil peluang untuk menjaga rambut yang dulu lebih dikatakan sebagai mahkota seorang wanita.
Bukan hanya setakat ke salon rambut, beberapa selebriti tanah air mengambil peluang untuk menambah rambut dan ada juga yang membuat rawatan khusus rambut.
Baca: Muka Zoey Rahman Bengkak Teruk Kesan Ubat Bius Tanam Rambut, Sekali Imbas Macam...
Baca: "Tak Tentu Arah Nak Tidur" - Riz Amin Tanam 4,083 Helai Rambut, Buat Sebab...
Baca: "Malulah Kalau Umur 25 Tahun Tapi Rambut Tengah Dah Hilang" - PU Riz Tanam 2,000 Helai Rambut
Selain Zoey Rahman, Riz Amin dan PU Riz, ada beberapa orang lagi selebriti yang turut menanam rambut seperti Syafie Naswip dan Along Cham.
Terbaru, pelakon Sharnaaz Ahmad juga turut menanam rambut dan perkara tersebut dikongsinya di Instagram.
"Masa buat memang tak sakit geng, sumpah tak sakit, cuma sakit masa bius. Nasib baik aku dapat Dr yang sangat rilek dan cool.
"Tak semua kena tanama, boleh jja makan ubat," tulis Sharnaaz di Instagramnya.
Seorang lagi selebriti iaitu penyanyi Akim Ahmad turut melakukan rawatan rambut tetapi bukanlah menanam rambut.
Ketika dihubungi Gempak, Akim memberitahu dia menjalankan rawatan Platlet Rich Plasma (PRP) untuk mengaktifkan kembali akar rambut supaya lebih kuat dan subur.
"Mereka ambil darah saya dan daripada darah tersebut mereka mengasingkan plasma. Plasma tersebut yang di cucuk di bahagian kepala.
"Cara ini selalu digunakan oleh atlet-atlet yang mengalami kecederaan untuk mempercepatkan kesembuhan masalah kecederaan yang dialami," terang Akim.
Selain daripada proses mencucuk plasma pada kepala, Akim juga berkata dia perlu menggunakan ubat sapu dan mengambil pil untuk menyuburkan kembali rambutnya.
"Bila berambut panjang ni, memang senang nak gugur. Insya-Allah dalam tempoh 3-4 minggu nanti akan nampak perubahannya," kata Akim mengakhiri bicara kerana sedang sibuk menyiapkan single untuk artis di bawah naungan syarikatnya, Rhythm & Rhyme Entertainment.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024