Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Gaya Hidup

Mantaplah! Artis Lelaki Makin Rajin Jaga Penampilan Rambut

Badrul Hashim 13/07/2020 | 23:15 MYT
Menjadi selebriti bukanlah satu perkara yang mudah, apatah lagi selain bakat yang ada, gaya dan penampilan merupakan aset penting yang turut menjadi perhatian peminat.
Sejak kebelakangan ini, semakin ramai pula selebriti lelaki mengambil peluang untuk menjaga rambut yang dulu lebih dikatakan sebagai mahkota seorang wanita.
Bukan hanya setakat ke salon rambut, beberapa selebriti tanah air mengambil peluang untuk menambah rambut dan ada juga yang membuat rawatan khusus rambut.
Baca: Muka Zoey Rahman Bengkak Teruk Kesan Ubat Bius Tanam Rambut, Sekali Imbas Macam...
Baca: "Tak Tentu Arah Nak Tidur" - Riz Amin Tanam 4,083 Helai Rambut, Buat Sebab...
Baca: "Malulah Kalau Umur 25 Tahun Tapi Rambut Tengah Dah Hilang" - PU Riz Tanam 2,000 Helai Rambut
Selain Zoey Rahman, Riz Amin dan PU Riz, ada beberapa orang lagi selebriti yang turut menanam rambut seperti Syafie Naswip dan Along Cham.
Terbaru, pelakon Sharnaaz Ahmad juga turut menanam rambut dan perkara tersebut dikongsinya di Instagram.
"Masa buat memang tak sakit geng, sumpah tak sakit, cuma sakit masa bius. Nasib baik aku dapat Dr yang sangat rilek dan cool.
"Tak semua kena tanama, boleh jja makan ubat," tulis Sharnaaz di Instagramnya.

Masa buat memang tak sakit geng sumpah tak sakit, cuma sakit masa bius.. so nasib baik aku dapat dr yg sgt rilek and cool macam dr @drshaharom .. aku ni kalau bab bertumbuk ok lah, tapi bila@jumpa doctor, teloq masuk dalam haram jadah oii.. tapi sumpah satu pengalaman yg tak boleh aku lupakan hari ni di @drshahhairclinic .. indah dan istimewa.. thank you so much @drshaharom and @drshahhairclinic .. book your appointment now guys.. ingat!! Tak semua kena tanam, boleh ja makan ubat!! Ubat dr memang ngam soi!! Yg lain dok juai tu, bukak tingkap, lempaq buang.. ok bye nakhare dok mai yut yut dah ni, ni semua @rizamin punya angkara!!!!

A post shared by Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad ™ (@sharnaazahmad) on

Seorang lagi selebriti iaitu penyanyi Akim Ahmad turut melakukan rawatan rambut tetapi bukanlah menanam rambut.
Ketika dihubungi Gempak, Akim memberitahu dia menjalankan rawatan Platlet Rich Plasma (PRP) untuk mengaktifkan kembali akar rambut supaya lebih kuat dan subur.
"Mereka ambil darah saya dan daripada darah tersebut mereka mengasingkan plasma. Plasma tersebut yang di cucuk di bahagian kepala.
"Cara ini selalu digunakan oleh atlet-atlet yang mengalami kecederaan untuk mempercepatkan kesembuhan masalah kecederaan yang dialami," terang Akim.
Selain daripada proses mencucuk plasma pada kepala, Akim juga berkata dia perlu menggunakan ubat sapu dan mengambil pil untuk menyuburkan kembali rambutnya.

Nak amik darah apa semua, tapi demi rambut bak kata @drfoo_wingjian , mesti kena berkorban. Terima kasih doktor, bagi tenang dan bagi selesa saya sepanjang rawatan. @premierclinicmk memang betul-betul PREMIUM!!! apa je rawatan yang tak de kat sini? Semua ada. Dari hujung rambut ke hujung kaki, baik lelaki ataupun perempuan. Terima kasih @premierclinicmk

A post shared by Akim Ahmad (@akimahmad) on

"Bila berambut panjang ni, memang senang nak gugur. Insya-Allah dalam tempoh 3-4 minggu nanti akan nampak perubahannya," kata Akim mengakhiri bicara kerana sedang sibuk menyiapkan single untuk artis di bawah naungan syarikatnya, Rhythm & Rhyme Entertainment.
#Akim Ahmad #Sharnaaz Ahmad #Rambut
;