Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

"Manusia Harus Belajar Untuk Menghormati Wanita Yang Sedang Berpantang .." - Nina Iskandar

Zulaikha Yusof 07/02/2020 | 04:45 MYT
Aktres Nina Iskandar meluahkan rasa kesal apabila terdapat segelintir pihak yang tidak hormat dengan keadaannya yang sedang berpantang.
Jelas Nina, golongan ibu yang masih berpantang tidak boleh berada dalam keadaan tekanan kerana akan memberi kesan dalam memproses susu.
"Manusia harus belajar untuk menghormati wanita yang sedang berpantang dan fokus tentang perihal anak sendiri.
"Mereka tidak perlu diminta untuk melakukan sesuatu. Untuk mudah difahami, hormat wanita yang dalam berpantang, bagi mereka ruang yang mereka perlukan.
"Untuk pengetahuan mereka yang tidak tahu, ibu berpantang mestilah tidak berada dalam tekanan supaya tidak menganggu proses bekalan penyusuan anak mereka.
"Sekiranya mereka berada dalam tekanan, lebih sukar untuk proses bekalan susu. Tolong belajar untuk memahami," tulisnya lagi.
Luahan itu dikongsikan sendiri oleh Nina menerusi Instagram Stories miliknya semalam.
Dalam pada itu, pelakon drama Andainya Takdir itu menyatakan dia perlu menerangkan dan meminta maaf walaupun dengan individu yang rapat.
"Agak lucu untuk saya sendiri terangkan perkara ini dan meminta maaf kepada keadaan saya sekarang.
"Lebih lucu lagi apabila mereka yang rapat dengan awak juga tidak faham atau hormat terhadap keadaan ketika mengandung dan berpantang.
"Jadi, bila awak tidak mendengar khabar dari saya atau saya lambat berhubung dengan awak faham- faham lah ya.
"Saya akan kembali semula dari cuti panjang saya ini," tulisnya lagi.
Nina telah mendirikan rumah tangga bersama penolong pengarah, Azlan Adzanan pada April 2019 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqin.
#Pantang #Nina Iskandar
;