“Manusia Mudah Riak Dengan Ilmu & Wang” - Filem Penunggang Agama 2 Sarat Pengajaran
Azwa Rahman
23/10/2021 05:43 MYT
23/10/2021 05:43 MYT
Filem seram thriller Penunggang Agama 2 terbitan Astro Shaw dan Skop Productions kini sudah berada di saluran Astro First bermula 19 Oktober yang lalu.
Berbeza dengan Penunggang Agama yang pertama, filem sekuel ini merungkai maksud ‘penunggang agama’ dengan lebih mendalam serta sarat pengajaran.
Di laman sosial Twitter, seorang pengguna berkongsi pengajaran yang diperoleh selepas menonton filem seram islamik ini.
“Penunggang Agama 2, yang belum tengok cerita yang banyak pengajaran ini sila langgan di Astro First. Tagline mantap ‘Islam itu sempurna tapi muslim yang tidak’.
“Manusia mudah riak dengan ilmu, wang dan populariti,” tulisnya menerusi satu ciapan.
Istimewanya lagi, filem itu juga berjaya menduduki tempat pertama di carta filem top 5 hari ini.
Filem sekuel ini dibintangi pelakon hebat seperti Zul Ariffin (Amir), Azira Shafinaz (Anna), Tony Eusoff (Father Michael), Salina Saibi (Huda), Johan As’ari (Hafiz), Dato’ Rahim Razali (Datuk Fawwas), Anna Jobling (Anak Datuk Fawwas), Puteri Nurqaseh (Sarah), Burhan Sidqi (Bakhtiar) dan Sharifah Aisyarha (Anim).
Penunggang Agama 2 mengisahkan rentetan Amir dan Anna yang diganggu oleh Huda akibat dendam lama.
Sementara itu, Amir mula obses dengan kerja sampingannya, iaitu merawat penyakit dan gangguan makhluk halus kerana ganjaran lumayan yang diterima.
Kehebatan Amir dalam menyembuhkan pesakitnya juga turut tular di media sosial dan itu membuatkan dia semakin selesa dengan gelaran Ustaz.
Kehadiran seorang paderi bernama Father Michael telah mencabar ego dan kredibiliti Amir.
Saksikan filem Penunggang Agama 2 yang akan berada di Astro First bermula 19 Oktober 2021.
Untuk melanggan sila ke saluran 480 atau anda juga boleh strim di Astro Go atau On Demand. Dengan hanya RM15, anda boleh menonton selama 48 jam secara berulang-ulang.
Selain itu, bagi mereka yang ingin menonton Penunggang Agama 1, boleh juga melanggan dua koleksi filem tersebut di Astro First secara kombo (Penunggang Agama 1 dan Penunggang Agama 2) dengan satu harga istimewa RM19.90.