Hiburan
"Manusia Talam 2 Muka & Busuk Hati Itu Benar Wujud" - Isu Tunggakan Bayaran Teater, Che Mat Luah Rasa Tidak Puas Hati!
Kemelut isu tunggakan bayaran barisan pelakon teater Korupsi Dewan Semandung nampak gayanya semakin 'panas' apabila beberapa pelakonnya tampil meluahkan rasa tidak puas hati mereka di media sosial.
Antara yang lantang menyuarakan pandangan adalah bekas peserta Raja Lawak, Che Mat atau nama sebenarnya Rahmat Saidin.
Menerusi satu posting terbaru di Instagramnya, Che Mat dilihat kecewa apabila ada sesetengah pihak yang memintanya supaya bersabar.
"Adakah salah tuntut hak kami? Ramai suruh kami sabar, dua bulan tunggu banyak jawapan itu ini.
"Sekarang dia diam, tak sabarkah kami," katanya.
Menurut Che Mat lagi, dia juga kecewa apabila kebanyakan daripada mereka telah disekat di Instagram oleh pihak tersebut.
"Adakah kami salah lagi? Kebenaran apakah ini.
"Betul kami salah, kami salah bekerja dengan dia ni. Baru aku tau talam dua muka dan manusia busuk hati itui bernar wujud serta nyata," katanya.
Untuk rekod, Che Mat pada Jumaat lalu telah pun membuat laporan di Balai Polis Bandar Tun Hussein Onn Cheras.
Laporan polis itu susulan kegagalan pihak produksi Ogy Ventures & Network untuk melunaskan baki bayaran barisan pelakon teater, Korupsi Dewan Semandung yang dipentaskan di Istana Budaya pada 28 Februari hingga 1 Mac lalu.
BACA: "Bercerita Buruk Manusia Bukan Amalan Saya Tapi..." - Khir Rahman Desak Kak Ogy Lunas Baki Bayaran Teater Korupsi Dewan Semandung!
Must-Watch Video