gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Konsert Ada Apa Dengan Melly… Prom Nite Bakal Bawa Rangga? Nicholas Saputra Komen - “Wait For The Surprise”
HIBURAN
Bisikan Terlarang: Lelaki Atau Perempuan Lebih Complicated? Ramai Setuju Jawapannya Adalah…
HIBURAN
Tiada Gosip Liar, Azza Elite Mengaku Tak Pernah Ada Hubungan Dengan Mana-Mana Selebriti - “Sila Percaya, Semua Ini Benar Belaka”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2024 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

Keluang Man The Movie
LAMAN UTAMA

Mara Ke Separuh Akhir Di Tokyo 2020, Ini Lima Fakta Menarik Tentang Ratu Terjun Pandelela Rinong

gempak
Asraf Aided
04/08/2021
14:10 MYT
Sponsor Banner
Mara Ke Separuh Akhir Di Tokyo 2020, Ini Lima Fakta Menarik Tentang Ratu Terjun Pandelela Rinong
Ratu terjun negara, Pandelela Rinong berjaya mara ke acara separuh akhir 10 meter platform wanita individu di temasya Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Pandelela yang merupakan anak kelahiran bumi kenyalang itu menduduki tangga ke-18 dalam acara tersebut yang diadakan di Tokyo Aquatics.
Beliau berjaya mendapat kutipan mata sebanyak 284.90 dalam saingan terakhir untuk hari ini sebelum ke cabaran seterusnya.
Sebelum beliau mara ke peringkat separuh akhir esok, mari baca dan semak lima perkara menarik tentang Pandelela Rinong.
1. Pemilik nama sebenar Pandelela Rinong Anak Pamg ini dilahirkan pada 2 Mac 1993 di Kupuo Jugan yang merupakan sebuah perkampungan di Sarawak.
2. Bergelar ratu terjun negara, mungkin ada yang tertanya-tanya tentang ketinggian dan berat badan Pandelela. Beliau berketinggian 5'3" dan memiliki berat badan 52 kilogram.
3. Pandelela aktif berenang sejak kecil dan dipilih menjadi perenang negeri pada usia tujuh tahun. Beliau kemudiannya menyambung latihan di Sekolah Sukan Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
4. Pandelela pernah mencatat sejarah sebagai atlet wanita pertama Malaysia memenangi pingat gangsa dalam acara terjun 10 meter platform wanita dalam Sukan Olimpik London 2012.
5. Semasa pembukaan Sukan Olimpik London 2012, Pandelela dipilih sebagai pembawa bendera wanita pertama Malaysia di samping mengetuai kontinjen negara ketika itu.
Semoga Pandelela tenang dan dapat meraih kejayaan di Sukan Olimpik Tokyo 2020.
Selamat berjaya Gempak ucapkan!
Rujukan: AWANI & Sinar Harian Kredit Foto: BERNAMA
Topic Berkaitan
#Pandelela Rinong
#Olimpik Tokyo
#Tokyo 2020
#Ratu Terjun Negara
Must-Watch Video