Berita

Maradona Meninggal, Penyanyi Madonna Jadi Trending Bila Ada Netizen Ucap RIP Kepadanya

Maliah Surip
26/11/2020
02:40 MYT
Legenda bola sepak Argentina, Maradona dilaporkan meninggal dunia kerana serangan jantung pada usia 60 tahun.
Namun nampaknya ada netizen di Twitter yang tak nak ketinggalan dengan berita yang mengejutkan seluruh peminat bola sepak malam tadi.
Sayangnya, ada netizen yang memanjangkan berita kematian sekaligus mengucapkan selamat jalan kepada Maradona, tetapi ada yang silap dengan menyampaikan khabar penyanyi pop Madonna meninggal dunia.
Tidak hanya menyampaikan belasungkawa kepada Madonna, ada netizen yang membuat video berlatar lagu penyanyi itu yang menampilkan foto sang bintang pop dengan keterangan, "RIP MADONNA, 1958-2020."
"RIP Madonna, anda akan selalu ada di hati kami. Legenda," cuit netizen yang menggunakan nama @poemtoahoe itu di Twitter.
Cuitannya pantas mendapat reaksi daripada banyak netizen yang lain.
Ada yang membalas kepada netizen itu dengan mengatakan yang mati adalah Maradona, bukannya Madonna.
Oleh kerana banyak yang tersilap menerima khabar kematian Maradona menjadi Madonna, nama penyanyi popular itu menjadi trending di media sosial dan pencarian namanya meningkat di Google, hampir sama banyak dengan pencarian nama Maradona.
Bagaimanapun berita mengenai kematian Maradona disambut dengan kedukaan oleh banyak pemain bola sepak lainnya.
Pele menuliskan belasungkawanya di Twitter yang berbunyi: "Ini sebuah khabar yang menyedihkan. Saya kehilangan sahabat baik dan dunia kehilangan seorang legenda.
"Banyak yang ingin saya katakan, tapi untuk waktu ini, semoga Tuhan memberi kekuatakan buat keluarganya. Saya berharap dapat bermain bola di atas sana dengan kamu."
Ikut berbelasungkawa adalah Messi yang mengatakan walaupun dunia telah kehilangan legenda bola sepak, namun Maradona sentiada ada kerana beliau adalah abadi.
Sementara Cristiano Ronaldo pula mencoretkan: "Hari ini saya mengucapkan selamat tinggal kepada seorang teman dan genius yang abadi. Salah satu yang terbaik pernah kita ada. Ahli magik yang tidak boleh ditafsirkan.
"Beliau pergi terlalu awal, namun meninggalkan legasi tanpa limit. Selamat berehat, anda tidak akan dilupakan.
Maradona atau Diego Maradona meninggal dunia di rumahnya di Tigres, Argentina, hanya dua minggu selepas menjalani pembedahan otak.
Kredit Foto: ESPN, The Indipendent
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Sukan

Selepas Hampir Sebulan, Jasad Pemain Badminton China Masih Disimpan Di Hospital Yogyakarta

gempak
25/07/2024
01:30 MYT
Jasad pemain badminton China, Zhang Zhi Jie, yang meninggal dunia di geloanggang sewaktu dalam perlawanan Kejohanan Remaja Asia di Yogyakarta, Indonesia, pada 30 Jun lalu, sehingga kini masih belum dituntut oleh pihak keluarganya.
Berita

Abang Bintang Bola Sepak Safawi Rasid Meninggal Dunia

gempak
24/07/2024
15:05 MYT
Bintang bola sepak Terengganu FC (TFC), Safawi Rasid menerima berita menyedihkan apabila abangnya, Ahmad Muslim Rasid meninggal dunia.
Berita

Pemilik Suara Nobita Meninggal Dunia Di Usia 88 Tahun

gempak
24/07/2024
10:20 MYT
Pemilik suara yang terkenal dengan karakter Nobita Nobi dalam siri anime popular Doraemon, Noriko Ohara, dilaporkan meninggal dunia pada 12 Julai ketika berusia 88 tahun.
Hiburan

Renjatan Elektrik, Penyanyi Rock Maut Atas Pentas Serta Merta Selepas Peluk Peminat Basah

gempak
20/07/2024
14:20 MYT
Pemuzik dan juga penyanyi rock Brazil, Ayres Sasaki, 35, dilaporkan meninggal dunia semasa melakukan persembahan di Hotel Solar yang terletak di daerah Salinopolis pada Sabtu.
Berita

Remaja Rebah Sebelum Tonton Perlawanan Bola Pernah Bergurau Akan Viral & Meninggal Dunia Pada Hari Jumaat

gempak
20/07/2024
12:25 MYT
Selain itu, Muhammad Danish Hakim juga pernah bergurau bahawa dia mungkin tidak akan hidup lagi sampai tahun depan dan seolah-olah dia tahu masanya akan tiba tidak lama lagi.