Laman Utama

Marc Anthony Sentiasa Sokong JLO! Restu Hubungan Dengan Ben Affleck

gempak
Asraf Aided
01/06/2021
14:40 MYT
Sponsor Banner
Marc Anthony Sentiasa Sokong JLO! Restu Hubungan Dengan Ben Affleck
Bekas suami penyanyi Hollywood popular Jennifer Lopez (JLO), Marc Anthony merestui hubungan cinta yang bertaut kembali antara bekas isterinya itu dengan aktor Ben Affleck.
Memetik laporan HollywoodLife, Marc yang popular dengan lagu My Baby You itu tidak mempunyai sebarang masalah selagi JLO tidak mengabaikan tanggungjawab terhadap anak kembar mereka.
"Hingga sekarang, Marc masih lagi rapat dengan JLO, dia juga merupakan salah seorang individu yang sentiasa memberi sokongan terhadap penyanyi itu.
"Marc mahukan JLO sentiasa bahagia, dan jika Ben mampu membahagiakannya, dia akan menyokong dan tidak menghalang perhubungan itu," kata sumber terdekat dengan Marc.
Terdahulu, JLO, 52 dan Marc, 53, mendirikan rumah tangga pada 5 Jun 2004.
Namun perkahwinan mereka menemui titik noktah pada 14 Jun 2014.
Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan sepasang cahaya mata kembar, Emme Maribel Muniz dan Maximilian David Muniz yang kini berusia 12 tahun.
JLO dan Ben pula pernah menjalin cinta pada 2002 dan bertunang, namun putus pada tahun 2004.
Untuk perkembangan terkini pula, JLO baru sahaja putus tunang dengan pemain baseball, Alex Rodriguez pada April lalu lalu kembali bercinta dengan Ben.
Kredit Foto: Pinkvilla & Biography
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024