Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Berita

“By March 2020, You Can Kuah Banjir!”- Anak Baru 8 Bulan, Isteri Dr Say Mahu Tambah Lagi!

Syafiqah Jalal 17/01/2020 | 09:45 MYT
Pengacara Tanya Doktor, Dr. Say Shazril terkejut apabila isterinya Dr. Azura menyatakan hasrat mahu hamil lagi dalam masa terdekat.
Namun Dr. Say kurang bersetuju dengan permintaan tersebut kerana isterinya baru sahaja melahirkan anaknya, Aezril yang lebih mesra dengan panggilan Ace secara pembedahan dan perlu berehat sekurang-kurangnya dua tahun.
“Bini saya baru sahaja bersalin secara pembedahan pada Mei tahun lalu kerana baby lemas.
“Ideally masa diperlukan untuk rahim betul-betul sembuh selepas pembedahan ialah dua tahun kerana bimbang rahim pecah (uterine rupture) sewaktu contraction.
“Namun bini saya pula berkeras untuk hamil lagi kerana mahukan bayi perempuan pula,” katanya
Dr Say berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Buntu dengan permintaan isterinya, dia dan isteri berjumpa dengan doktor pakar untuk bertanya lanjut mengenai hasratnya.
“Baru-baru ini kami pergi berjumpa pakar sakit puan kami dan akibat kedegilan bini, saya tanye saja direct “Dr Vignes, my wife wants a 2nd child so forcefully” terduduk obstetrician kami dibuatnya kerana Ace baru 8 bulan, ade 1 tahun 4 bulan lagi baru afdal nak menimang cahaya mata baru.
“Dr Vignes juga memberitahu terlalu awal untuk hamil lagi kerana anak masih perlukan kasih sayang.
“Namun Dr sempat menambah “if you really want to, you may deliver in 2021 which means (sambil beliau bercongak2) by March 2020 you can kuah banjir” terduduk saya dibuatnya peeps,” ceritanya lagi.
Tambah Dr Say dia bukan tidak suka hendak menambah anak lagi tapi dia perlu memikirkan tanggungjawab yang dipikul nanti.
“Bukan saya tak suka Ace ade adik tapi banyak kena fikir dari sudut seorang suami dan bapa.
“Dari segi keewangan sampai lah kepada tidur & “me time” yang bakal memendek ahaha,” tambahnya berseloroh.
Dr Say dan isterinya, Dr. Azura berkahwin pada 30 Mac 2014 dan mereka menimang cahaya mata pertama, Aezril pada 5 Mei lalu.
Dr Say muncul dalam Tanya Doktor sebagai hos bersama Lisa Surihani yang ditayangkan setiap hari Khamis jam 9 malam di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123).

Topik : Green Light Tuk Adik Ace! Kpd yg baru follow sy, bini sy bersalin tahun lepas 5.5.2019 melalui pembedahan caesar akibat baby kami lemas (fetal distress). Ideally masa diperlukan utk rahim betul2 sembuh slps pembedahan ialah 2 tahun kerana bimbang rahim pecah (uterine rupture) sewaktu contraction. Meaning bila Ace (anak pertama sy) cecah 2 tahun, baru sy & bini boleh kuah banjir (lepas dalam) Bini sy ni pulak kerasss, xcukup koyak dgn satu baby. Xsilap sy, abis pantang aritu dia terus request baby nombor 2 memandangkan kami mencuba tuk baby pertama agak lama yakni 5 tahun baru dikurniakan rezeki, katanya kwn2 dia mostly anak 2/3 dh. Respon sy “What? I baru pas meroyan teman u 2 bulan berpantang, u nk tmbh satu lg?” berjaya sy matikan hasrat bini. Lepas die tengok Ace membesar dgn comelnya & jayanya ideologi degil dia kembali lg kali ni lebih istiqamah. Kateny best kalau dpt baby girl bley die nak dress up, make up bagai. Baru2 ni kami pergi berjumpa pakar sakit puan kami & akibat kedegilan bini, sy tanye je direct “Dr Vignes, my wife wants a 2nd child so forcefully” terduduk obstetrician kami dibuatny krn Ace baru 8 bulan, ade 1thn4bln lg baru afdal nk menimang. Tp Dr Vignes rationale, beliau respon “Why r u so eager? Let d kid grow up 1st enjoying d warmth & love from both of u” dlm hati sy “U’re my mannn Dr Vignes”. Tp lepas tu die tmbh lg “if u really want to, u may deliver in 2021 which means (sambil beliau bercongak2) by March 2020 u can kuah banjir” terduduk sy dibuatnya peeps. Terus bini pandang sy dgn pandangan “siap u ubby bulan 3 nnt”. Bukan sy xsuka Ace ade adik tp bnyk kne fikir oo dari sudut seorang suami & bapa. Dari segi keewangan smpi lah kpd tidur & “me time” yg bakal memendek ahaha. Ade ke new parents yg jarak umur anak agak dekat kt sini? Acano korg survive? Redah je ke atau terduduk dibuatnye ke? Tp best gak kalau adik Ace ikut muke daddy sure Leng Zai or Leng Lui ahhh.

A post shared by Dr Shazril Shaharuddin (@say_shazril) on

;