Pelakon dan pengacara Sherry Alhadad mencuri tumpuan wargamaya apabila tersasul menyanyikan lagu Ramadan Tiba nyanyian asal penyanyi Indonesia Opick sewaktu siaran langsung malam tadi.

Menerusi laman sosial Instagram, Sherry berkongsi sepotong video momen kelakar tersebut untuk tatapan umum.

“Maafin saya kalian, tersasul pulak! @haziq_hotfm pun duk tunggu la nak masuk manakala..” tulis Sherry ringkas memohon maaf.

Maafin saya kalian , tersasul pulak!?? @haziq_hotfm pun tunggu la nak masuk manakala ..keciwa @muzikmuzik_official @tv3malaysia #ramadhanalmubaraq #muzikmuzik35 #sherrybuathallagi #ramadhan #sherryalhadad

A post shared by sherry_alhadad (@sherry_alhadad) on

Menerusi video tersebut, Sherry dengan yakin menyanyikan lagu Ramadan Tiba tersebut sebagai ‘marhaban tiba, marhaban tiba, marhaban tiba’ sebelum dibetulkan oleh Haziq.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata rakan selebriti dan wargamaya terhibur dengan aksi Sherry tersebut.

“Hahahaahha konfiden tu penting,” kata penyanyi Bob Yusof.

“PKP lama sangat ke kak?” tanya pelakon Diana Danielle.



“Hahahaha, meraban sudah!” komen pelakon Tiz Zaqyah.

“Yakin tu yang paling penting,” tulis pelakon Zara Zya.

“Adubai dia punya yakin la marbahan tiba sampai ulang tiga kali, hahahaha,” usik seorang wargamaya lagi.

Sherry dah Haziq bersiaran secara langsung bagi mengacarakan program muzik-muzik 35.

Sehingga kini, video ‘marhaban tiba’ tersebut telah menerima hampir 110,000 tontonan daripada warga Instagram.