Kepada anda yang tercari-cari tempat sesuai untuk meluangkan masa bersama keluarga tercinta di hujung minggu sambil menikmati permainan dan persembahan menarik, taman tema SANRIO HELLO KITTY TOWN & THOMAS TOWN di Puteri Harbour adalah tempat yang paling sesuai untuk anda!

Di taman tema ini, anda boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk menonton karakter-karakter popular antarabangsa seperti Hello Kitty, Bad Badtz-Maru, Barney, Bob the Builder dan Thomas and Friends. Sudah tentu anak-anak anda akan berasa teruja berjumpa dengan mereka.

Antara tarikan utama yang disukai ramai di sini seperti persembahan The Great Witch Musical, Kitty's House, Wishful Studio, taman permainan Barney, permainan keretapi Thomas, persembahan Bob the Builder dan banyak lagi!



Semua permainan dan persembahan di sini bukan hanya dapat dinikmati oleh kanak-kanak, malah golongan dewasa turut berpeluang bermain dan bergembira bersama kerana taman tema ini merupakan tarikan yang direka untuk seisi keluarga.



Apa tunggu lagi? Jom pergi ke Puteri Harbour yang kini telah menjadi salah satu tarikan utama di Johor! Untuk maklumat lanjut, sila layari www.puteriharbour.com