Laman Utama
Maria Ozawa Terkejut Masuk Dalam Buku Sekolah Di Indonesia Bersama Foto Haiwan, "Saya Tak Salah"
Bekas bintang filem dewasa Jepun, Maria Ozawa terkejut selepas mendapat tahu namanya terdapat dalam buku sekolah di Indonesia.
Dia memberitahu nama dan fotonya masuk dalam salah satu buku pelajaran di sekolah bersama foto haiwan dan seorang lagi individu lelaki. Para pelajar kemudian diminta menyuaipadankan nama tokoh dengan pekerjaan mereka.
"Sejujurnya saya tak pasti bagaimana boleh terkenal di Indonesia sehingga foto dan nama masuk dalam buku sekolah di sana beberapa tahun lalu. Saya macam, serius?" kata Maria Ozawa seperti dilaporkan CNNIndonesia yang mengambil temubual dari Youtube Daisuke Botak, hujung minggu lalu.
Meski demikian, ada perkara yang dirisaukan oleh perempuan itu. Dia mengaku risau kerana ada tenaga pengajar dan para ibu bapa yang tidak senang atau berasa tidak seharusnya nama Maria Ozawa ada dalam buku mata pelajaran dan diedarkan di sekolah sekolah.
"Buku pelajaran itu kan diberikan ke banyak sekolah. Jadi saya bimbang bagaimana penerimaan tenaga pengajar dan para ibu bapa setelah melihat foto dan nama saya ada dalam buku pelajaran," katanya lagi.
Malah, saat nama dan fotonya dimasukkan dalam buku sekolah, hal itu juga menjadi kontroversi.
Namun kata Maria Ozawa: "Saya tak salah. Mereka yang meletakkan nama dan foto saya di situ (buku sekolah) sehingga menjadi fenomena. Dan saya percaya hal seperti ini banyak terjadi di Indonesia."
Untuk rekod, Maria Ozawa yang juga dikenali sebagai Miyabi pernah menjadi bintang filem di Republik tersebut apabila ada rumah produksi menghasilkan projek dengan nama Menculik Miyabi pada tahun 2010.
Kredit Foto: Suara.com
Must-Watch Video