Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Mariah Carey Dedah Diri Pernah Didera, Hampir Jadi Pelacur Di Buku The Meaning of Mariah Carey

Maliah Surip
30/09/2020 15:30 MYT
Penyanyi Mariah Carey akan merilis bukunya yang berjudul The Meaning of Mariah Carey.

Di dalam buku tersebut, Carey buat pertama kali membuka banyak kisah kehidupan peribadinya yang selama ini tidak dikongsikan kepada umum.

Antara cerita lampau yang diberitahu kepada penulis bersamanya, Michaela Angela Davis adalah kehidupan kecilnya yang seperti dalam neraka.

Selebriti berusia 50 tahun itu mengaku telah didera oleh ayahnya sejak kecil dan penderaan itu turut dihadapi oleh ibu serta adik beradiknya yang lain.

"Melihat banyak barang berterbangan dalam rumah dan dinding berlubang lubang adalah biasa buat saya.

"Saya ingat lagi sewaktu berusia enam tahun, saya mendapatkan bantuan daripada jiran untuk menelefon polis demi menyelamatkan ibu.

"Dan polis mengatakan waktu itu jika saya terselamat, itu adalah keajaiban," kata Carey.



Seperti yang diambil dari BBC.Com, Carey juga membuka rahsia dirinya hampir dijual kepada bapa ayam untuk menjadi pelacur sewaktu berusia 12 tahun.

Dia mendakwa kakaknya, Alison meletakkan dirinya dalam risiko sehingga hampir menjadi pelacur pada waktu itu.

"Saya hampir terjebak dengan pelacuran kerana pada waktu itu Alison bercinta dengan seorang lelaki yang merupakan seorang bapa ayam. Saya hampir menjadi mangsa," dakwanya.

Meski demikian, Alison menafikan dakwaan yang dituliskan dalam buku tersebut.

Kredit Foto: MTV.com
#Mariah Carey #Mariah Carey #pelacur #The Meaning of Mariah Carey
;