Personaliti TV dan sosialit terkenal Marion Caunter mencuri perhatian netizen selepas memuat naik foto dirinya memakai telekung.

Tidak hanya Marion, foto itu juga merakamkan wajahnya sedang tersenyum sambil dikucup oleh dua orang anak perempuannya di bahagian pipi.

Walaupun hantaran itu hanya ditulis ucapan ringkas iaitu little blessing, namun netizen juga tetap tidak ketinggalan meninggalkan komen-komen positif di ruangan komen.

A post shared by marioncaunter (@marioncaunter)


Rata-rata komen memuji Marion dan kebanyakkannya adalah dalam bentuk emoji hati berwarna merah.


Malah pelakon Nur Fazura dan Puan Seri Tiara Jacquelina juga memberikan ucapan.

“Major love for this photo. Looking so gorgeous you girl” tulis Fazura.

“Someone capture such a gorgeous moment,” coret Tiara.


Marion mendirikan rumah tangga dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010.

Hasil perkahwinan itu pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Leia Rose, 10, Lana Rose, 8, dan Liam Naza Nasarudin, 6.