Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Marissa Dania Nafi ‘Celebrate’ Selepas Misya & Aslam Cerai - “Apa Yang Kami Buat Sampai Dia…”

Asyikin Mayudin
09/09/2023 08:23 MYT
Anak perempuan kepada aktor Norman Hakim dan aktres Abby Abadi iaitu Marissa Dania turut tampil menafikan dakwaan dia dan bekas suami kepada Misya meraikan keputusan perceraian pasangan itu.

Menganggap dirinya juga mempunyai hak bersuara, Marissa bagaimanapun mempertikaikan tindakan Misya menuduhnya seperti itu.

“Let me tell you something, saya dan Aslam tiada celebrate apa apa selepas mereka pulang dari mahkamah seperti yang ditulis oleh Umisya di Twitter.

“Apa yang kami buat sampai dia boleh cakap kami celebrate? Salah satu perkara tidak benar yang diviralkan. Everyone will have different opinions on certain things.

“Tetapi jangan lupa bahawa semua orang ada hak untuk bersuara. Begitu juga dengan saya yang bersuara bagi pihak saya,” kata Marissa menerusi perkongsian di Instagram pada Sabtu.

Dalam pada itu, Marissa turut menegaskan semua orang boleh membuat andaian namun cukup sekadar dia dan lelaki yang dikenali sebagai Aslam itu sahaja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi.

“Dan antara saya dan Aslam pula, mungkin banyak andaian terhadap kami, tetapi cukuplah saya dan Aslam sahaja yang tahu apa yang sebenarnya terjadi antara kami

“Daripada bermulanya semua ni sehingga ianya berakhir. Saya bersalah and saya mengaku perkara itu dan tujuan buat kenyataan ini adalah untuk memberitahu bahawa saya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan untuk mempertahankan diri atau memuaskan hati mana-mana pihak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, Marissa mengakui kesalahannya namun menganggap ada beberapa perkara yang disampaikan pihak wanita tersebut tidak tepat.

BACA SINI: Marissa Dania Mengaku Bersalah! - “Apa Yang Viral & Diperkatakan Ada Yang Benar”


#Marissa Dania #Misya #Aslam
;