Terkini

Marissa Dania Tampil Jadi Model Baju Raya Bersama Aslam, Siap Manja-Manja Pakaikan Butang Baju Melayu Lagi!

gempak
Umirah Halim
07/03/2024
03:56 MYT
Sponsor Banner
Marissa Dania Tampil Jadi Model Baju Raya Bersama Aslam, Siap Manja-Manja Pakaikan Butang Baju Melayu Lagi!
Anak pasangan pelakon, Abby Abadi dan Norman Hakim, Marissa Dania Hakim sekali lagi mencuri tumpuan netizen apabila tampil menjadi model raya bagi sebuah jenama tempatan bersama Aslam.
Susulan itu, timbul tanda tanya dalam kalangan netizen tentang pengesahan status perkahwinan mereka.
Menerusi video yang dimuatnaik oleh jenama yang dikenali sebagai Jelita Wardrobe, Marissa kelihatan mesra memakaikan butang baju Melayu kepada Aslam sambil menggayakan busana tersebut.
Bagaimanapun, meninjau ke video yang dimuatnaik oleh jenama itu di akaun Instagramnya ruangan komen telahpun ditutup buat umum.
Sebelum ini kecoh apabila Marissa didakwa sudah berkahwin dengan lelaki pilihannya itu di Songkhla, Thailand pada Disember lalu.
Malah, Marissa didakwa sebagai orang ketiga dalam hubungan rumah tangga Aslam dan isterinya, Misya Mazlan sehingga bercerai dan mereka turut didakwa berkahwin tanpa pengetahuan isteri pertama dan keluarga Marissa.
Namun, Aslam dan Misya mengambil keputusan untuk rujuk semula dalam edah.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live