Hiburan

Mark Adam Nafi Kutuk Proton Sebagai Kereta Orang Miskin

Ahmad Shah
14/07/2016
07:30 MYT
Penyanyi Mark Adam menafikan yang dia mengutuk jenama kereta buatan Malaysia, Proton sebagai kereta orang miskin di laman Facebook.
"Laman Facebook tersebut bukan kepunyaan saya dan saya tidak pernah bercakap buruk mengenai kereta Proton di laman Facebook.
"Perkara tersebut dilakukan oleh individu yang tidak bertanggungjawab yang menggunakan nama dan gambar saya.
"Saya sedar kewujudan akaun Facebook yang menggunakan nama saya dan ianya semakin melampau," kata Mark kepada Mstar Online.
Menggunakan nama Mark Munding Echivarre untuk akaun individu dan Mark Adam Official bagi akaun rasminya, penyanyi lagu Si Katak itu sudah memberi amaran terhadap pemilik akaun palsu tersebut.
"Terdahulu, akaun tersebut pernah mengeluarkan kenyataan tentang poligami sehingga membuatkan orang ramai marah dan kini sekali lagi dia buat perkara yang menimbulkan kekecohan.
"Saya sudah memberi amaran menerusi mesej, tetapi belum dibalas. Saya tidak akan berdiam diri dan akan membuat laporan polis jika dia masih berterusan kerana ia akan memburukkan nama saya," katanya lagi.
Kredit berita: Mstar Online.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Mark Adam Masih ‘Percayakan’ Angelica Petra

gempak
06/08/2023
15:50 MYT
Angelica kembali dengan single kedua
Laman Utama

#MEGASPONTAN2023 : Langkataksuka Terima Kekalahan, Anggap Bukan Rezeki Punca Tersingkir - “Mungkin Dari Segi Pemarkahan Itu Kami Agak…”

gempak
11/06/2023
07:55 MYT
Bukan rezeki Langkatasuka...
Laman Utama

Kisah Di Sebalik Bina Rumah Keluarga Mentua Ditipu Kontraktor, Mark Adam: “Saya Pernah Dua Tahun Tak Bekerja, Bapa Mentua…”

gempak
10/05/2023
02:50 MYT
Mark Adam kena tipu dengan kontraktor.
Laman Utama

“Makan Duit Haram, Ibarat Kau Makan Daging Ba*i” - Isteri Mark Adam Berang Kontraktor Rumah Cabut Lari

gempak
16/02/2023
00:00 MYT
Kesiannya Mark Adam & isteri
Laman Utama

Abang Long Fadil 3 Terima Sokongan Selebriti Tempatan

gempak
08/08/2022
07:50 MYT
Rakan artis sokong Zizan dalam Abang Long Fadil 3