Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Mark Adam Positif COVID-19

Fiza Kamarudin 26/12/2021 | 11:45 MYT

Penyanyi dan komposer Mark Adam disahkan positif COVID-19 malam tadi (Sabtu) selepas menjalani ujian saringan satu hari sebelumnya.

Perkara tersebut disahkan isteri Mark, Norazah Redzuan yang bagaimanapun tidak dijangkiti virus tersebut.
Menurut Norazah dia dan suami kini menjalani kuarantin di rumah dan Mark berada dalam keadaan baik.
“Terima kasih atas ingatan dan doa semua. Mark dalam keadaan baik dan kami sedang menjalani kuarantin di rumah,” katanya kepada Gempak.

Tambah Norazah lagi, setakat ini suaminya itu tidak mengalami gejala yang teruk dan kandungan oksigen dalam darah juga baik.

"Setakat ini tak ada simptom teruk cuma rasa macam nak demam tapi tidak panas. Oksigen level pun okay," katanya.

Selain itu, Norazah turut berkongsi mengenai suaminya itu di laman sosial Instagram

A post shared by Ezan Marzan Echivarre (@ezzpowers)

#Mark Adam #COVID-19 #Kuarantin
;