Konsert Big Stage 2020 meneruskan pentas suku akhir dengan dua persembahan bertenaga daripada lapan bintang.

Dua tema dipertandingkan pada malam ini iaitu rotasi 36T iaitu semua bintang akan menyanyikan genre lagu yang keluar dari zon selesa mereka serta kejutan persembahan battle.

Nana Sheme dan Hafiz Zainal menjadi bintang keempat dan kelima yang tersingkir pada konsert suku akhir selepas mendapat undian online terendah.

Manakala pihak juri bersepakat menggunakan imuniti terakhir bagi menyelamatkan Dinie Rashid untuk mara ke peringkat separuh akhir.



Azzam Sham sekali lagi dipilih sebagai BBNU Paling Gempak bagi konset keenam selepas mendapat undian tertinggi daripada peminat.

Legenda dangdut Mas Idayu diundang sebagai juri jemputan disamping Ajai, Dayang Nurfaizah dan Faizal Tahir sebagai juri tetap.

Manakala Elly Mazlein pula mewakili suara orang ramai di laman sosial untuk bertindak sebagai presiden netizen.

Di bawah merupakan kedudukan peserta berdasarkan format pemarkahan oleh juri profesional dan undian peminat secara online serta komen-komen yang telah diberikan:

1. Fadh Majid - 77.7% (Seperti Mati Lampu & Bujang Senang)

Mas Idayu: Tadi kau nak tengok aku pun takut kan? Mami sebenarnya baik kan. Fadh tau tak Fadh nyanyi lagu dangdut Mas Idayu sebagai juri. Bila Big Stage panggil mami, mami rasa mesti ada orang nyanyi lagu dangdut. Mami research setiap peserta dan tulis siap, mami suka Fadh. Fadh ada suara yang versatil. Bila luaran lagi handsome dari dalam TV. Voice control terbaik so far. Sedikit yang kita tak boleh tolong, aura. Tu Fadh sendiri kena cari.

2. Qody Rany - 76.3% (Teman Pengganti & Merisik Khabar)

Ajai: Point awak naik minggu ni, saya bagi 73%. Sebenarnya nyanyian awak hanya kemas bila di hujung. Awak dah dapat keseronokan atas pentas. First note jangan sumbang. Bila projection tepat, dia akan sampai. Awak improvise cara awak tu yang awak selesa. Belajar supaya note pertama tu dah sedap.

Mas Idayu: Ada juga bau-bau Black. Bagi mami, mami setuju first note awak tu. Tapi warna tone awak lebih sedap dari Black. Cuma kena jaga apa yang Ajai cakap tu.

Elly Mazlein: Qody hang Chinese look, hang elok. Kak Lina tehibur hang nyanyi tadi.

3. Usop - 74.8% (One Call Away & Tak Ada Logika)

Mas Idayu: okay la, kalau bagi mami, Usop tak bagus, pandangan mami dia superb. Usop, jangan leka dengan pujian. Inilah antara peserta yang berprogress. Bila progress, boleh maintain. Awak boleh belajar apa yang awak nak belajar kat luar. Mami sangat suka apa yang awak bawa walaupun stage present kaku tapi inilah aura yang mami nak ada pada Fadh jugak. Usop, mami nak untuk lagu-lagu rancak untuk jaga body language.

Faizal Tahir: Saya rasa awak disayangi ramai, bukan nak kata awak drop sangat pun. Awak kena bagi lagi serius untuk lagu ni, lagu ni feel sebenarnya. Dia jadi kelakar.

Ajai: Harini hang main-main banyak. Hang dah konfiden hang terer, tak boleh, salah tu Usop. Nyanyi lagu apa pun kesedapan kena ada. Kitorang tengok dari first week, bukan baru this week. Loq laq tu kena buang supaya hang serius. Pembawaan kena ikhlas.

4. Azzam Sham - 74% (Numb & Merisik Khabar )

Ajai: Masalah pitching bukan masalah awak, tapi problem lain ketara adalah awak menjerit bila chorus. Ni lagu fast tak bermakna awak kena menjerit. Bila jerit lunak tu dah tiada. Feel kena ada, itu yang buat lagu tu sedap. Ni bila awak jerit, dinamik tu takde. Bila dinamik takde, it's not you Azam.

Mas Idayu: Rata-rata lagu semua bukan forte, tapi bagi mami semua berjaya diorang bawa. Tidak yang macam sebelumnya memang ada here and there. Malam ni bila bagi challenge diorang berjaya. Sebenarnya awak ni bila disuruh improve awak ada improvement. Bila orang suruh maintain, awak jangan maintain. Bila ada progress, baru boleh maintain. Awak ada improvement yang sangat baik.

5. Farisha Iris - 71.7% (How You Like That & Tak Ada Logika )

Juri: Actually awak dapat markah yang awak layak. Sejujurnya saya sedaya upaya, mencari honesty. You did a great job.

Dayang Nurfaizah: Energy is there, dia perform well bukan senang nak nyanyi lagu fast dan maintain energy. Saya puji.

Ajai: Tapi kamu feel sebab kamu faham beat. Macam ni Usop kena ikut, walaupun tak faham, feel tu kena ada.

6. Hafiz Zainal - 68.7% (Rampas & Bujang Senang)

Dayang Nurfaizah: Hafiz malam ni, tak tahu nak cakap macam mana, lagu rock ni kot, saya tak rasa. Macam Hafiz tengah belakon. Persembahan menghiburkan cuma tak sampai. Tak rasa honesty. Tak rasa sangat terutamanya lagu rock macam ni. Tapi vokal ada improvement. Good job untuk vokal Hafiz.

7. Nana Sheme - 66.2% (Budak Ngam & Sejati)

Faizal Tahir: Saya nak bagi lebih dari 65 tapi awak banyak kejutan. Awak ambil cabaran dengan baik setiap minggu. Saya rasa kalau competition ni based on efford, awak dapat A. Awak mencuba, tak terlalu tapi cukup. Kalau based efford, awak champion. This is not your thing sebab dari start patutnya boleh bagi attitude lagi. Mata saya lebih pada penari daripada awak. Tapi ini tak bermakna awak buat tak bagus cuma lagu ni tak bagi strength pada awak.

Elly Mazlein: Kak Lina sangat berpuas hati dengan Nana. Malam paling wow untuk Nana, tapi kita hormat komen dari FT.

8. Dinie Rashid - 64.9% (Umpan Jinak Di Air Tenang & Sejati)


Dayang Nurfaizah: Sebenarnya saya rasa terhibur sangat. Dan buat pertama kalinya saya nampak awak relaks dan enjoy nyanyi lagu tu. Pada mulanya saya risau boleh ke awak nyanyi lagu ni tapi awak nyanyi cara tersendiri. Terima kasih untuk itu.

Faizal Tahir: Saya rasa ni permulaan yang sangat baik. Pertama kali saya suka adalah awak naik pentas tanpa guna cermin mata hitam. Connection dengan audition lebih cantik. Very good tapi belum excellent. But permulaan yang baik.

Undi peserta kegemaran secara online menerusi laman rasmi di www.gempak.com/bigstage serta menerusi aplikasi SYOK.

Juara Big Stage 2020 akan membawa pulang wang tunai RM100,000, tempat kedua dan ketiga bakal meraih RM50,000 dan RM25,000.

Bigstage 2020 bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 16 Ogos 2020, jam 9 malam di saluran Astro Ria HD (104) dan Astro Ria (124).

Big Stage 2020 ditaja oleh Adabi dengan kerjasama Kinohimitsu selaku penaja bersama.