Minggu ketiga Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) menyaksikan kumpulan Gojes tersingkir.

Bagaimanapun Gojes yang dianggotai oleh Tauke Jambu, Keena Mentor dan Mie Rajalawak menerima keputusan tersebut dengan hati yang terbuka.

Selain Gojes, Zuzuzu dan Puppet juga turut berada di kedudukan terendah.

Berikut merupakan markah penuh bintang-bintang MLS2 di minggu ketiga.


Sementara itu, Heart pula dipilih sebagai penerima Superstar of The Week.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di ‪www.gempak.com/muzikallawaksuperstar.

Undi mengundi bintang kegemaran anda mudah sahaja, klik DI SINI