Minggu kedua Muzikal Lawak Superstar musim kedua (MLS2) menyaksikan kumpulan Jago tersingkir.

Bagaimanapun Jago yang dianggotai oleh Fiza Thomas, Chot XOXO dan Yus School of Lawak berterima kasih kepada pihak produksi kerana diberi peluang untuk mencuba program berkenaan.

Selain Zuzuzu, Jago dan Gojes juga turut berada dikedudukan terendah.

Berikut merupakan markah penuh bintang-bintang MLS2 di minggu kedua.



Sementara itu, ABC pula dipilih sebagai penerima Superstar of The Week.

MLS2 bersiaran setiap Jumaat, jam 9 malam secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC)

Program ini juga disiarkan secara eksklusif di Astro Warna (saluran 127) dan Warna HD (saluran 107).

MLS2 juga boleh ditonton menerusi aplikasi Astro GO dan secara strim di On Demand serta platform digital melalui saluran YouTube rasmi Astro Gempak.

Untuk perkembangan terkini program Muzikal Lawak Superstar, layari laman web rasmi MLS2 di ‪www.gempak.com/muzikallawaksuperstar‬.