Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Marketing Atau Betul-Betul? Kongsi Gambar Berdua, Hubungan Shuib & Zara Jadi Tanda Tanya Netizen

Izwan Isa 23/08/2022 | 00:50 MYT

Sejak kebelakangan ini, pelbagai nama selebriti wanita sering dikaitkan dengan pelawak dan pelakon Shuib Sepahtu.

Ada yang mengatakan dramatis Wan Sharmila merupakan wanita yang paling dekat dengan Shuib selepas aksi mesranya dengan anak-anak usahawan itu tular di internet.
Namun, nama pelakon Zara Zya turut menjadi sebutan apa Shuib dilihat kerap berkongsi gambar bersama di Instagram.
Terbaharu, dalam satu perkongsian di Instagram, kedua-dua selebriti ini sekali lagi menimbulkan tanda tanya dalam kalangan netizen.

A post shared by Shuib Sepahtu (@shuibsepahtu)

Menerusi satu foto yang dimuat naik oleh Shuib, lelaki berusia 38 tahun itu menulis: “Nak cakap ya pun tidak, nak cakap tak pun tidak. Ia di tengah-tengah. Ha, macam mana tu, boleh tolong explain tak awak?” tulisnya sambil meletakkan nama akaun Instagram Zara Zya.
Di ruang komen, Zara secara ringkas menulis: “Seganlah nak explain,” tulisnya.
Sementara Zara di akaun Instagramnya turut memuat naik gambar bersama Shuib dengan menulis kapsyen: “Insya-Allah, jadikan awak?” ungkapnya.
Ramai antara pengikut Shuib yang berharap agar ‘perhubungan’ mereka berakhir dengan berita gembira.
Begitupun, ada juga yang dapat menghidu bahawa setiap apa yang dikongsikan oleh mereka berdua hanyalah kandungan untuk pemasaran (marketing semata-mata).

A post shared by ZaraPrihatin (@zarazya)

“Bukak cawangan Bubble Bee la ni.”
“Mesti Zara buka Bubble Bee.”
“Marketing hebat.”
Buat masa ini, baik Zara mahupun Shuib, masing-masing tidak mengesahkan status mereka berdua, adakah sebagai rakan atau teman istimewa.

#Zara Zya #Shuib SepahTu #Marketing
;