,
Laman Utama

#MarryMeSenorita Jadi Kayu Ukur Percintaan & Chemistry Janna Nick dan Kekasih, Dini Schatzmann

Maliah Surip
02/02/2021
01:50 MYT
Akhirnya tanggal 2 Februari 2021 yang sempat menjadi teka teki sebagai tarikh pertunangan atau pernikahan di antara Janna Nick dengan kekasihnya, Dini Schatzmann terjawab.
Walaupun bukan bersatu sebagai pasangan halal di dunia realiti, namun tanggal 2 Februari 2021 menjadi tarikh keramat buat dua sejoli ini apabila pertama kali 'bersatu' di kaca televisyen.
#MarryMeSenorita, drama terkini yang mengisi slot Megadrama menjadi saksi penyatuan Janna dan Dini.
Selalu dilihat sebagai pasangan kekasih yang romantis dan punya chemistry, ternyata di dalam dunia lakonan, mencipta chemistry bersama pasangan adalah hal yang sukar dilakukan.
Menurut Janna, faktor itulah yang membuatkan penonton perlu menonton #MarryMeSenorita yang menjadi kayu ukur kolaborasi kerjanya bersama sang kekasih, Dini.
"#MarryMeSenorita merupakan antara drama yang sangat susah untuk saya berlakon sebab hero-nya merupakan pasangan saya sendiri. Karakter dan personaliti dalam drama ini sangat berbeza dan memang berlawanan dengan karakter sebenar kami.
"Ini mewujudkan rasa sangat kekok. Chemistry kami di luar memang ok tetapi bila dalam drama rasa chemistry sangat susah dan ini merupakan sebab kenapa orang kena tengok kerana ini satu cabaran yang sangat besar untuk saya," ujar Janna kepada Gempak.
Selain itu, Janna mengaku oleh kerana Dini masih tidak begitu fasih dalam berbahasa Melayu, dia perlu sentiasa berjaga jaga dengan dialognya agar nampak real.
"Dalam masa yang sama, saya kena alert dengan dialog Dini sebab kita sedia maklum bahawa Bahasa Melayu Dini masih dalam proses pembelajaran. Di samping perlu berjaga-jaga dengan dialognya, saya juga kena karakter saya. Ini cabaran untuk saya. #MarryMeSenorita bukan drama yang mudah untuk saya lakonkan," tambahnya lagi.
Drama #MarryMeSeñorita yang diadaptasi dari novel karya Suriyana secara ringkasnya mengenai seorang lelaki kacukan Sepanyol yang ingin melamar seorang wanita bernama Sofiy Leia.
Isa Alejandro muncul saat Sofiy Leia tidak mempunyai sesiapa dan berada dalam bahaya. Sofiy terpaksa bersetuju apabila sedar dia benar-benar diburu oleh Tina sebaik sahaja Sofiy cuba meninggalkan Isa.
Namun, kebahagiaan yang baru dikecap dilanda badai apabila bekas tunang Isa, Rosa Arabella cuba merebut Isa kembali.
Selain Janna dan Dini, drama ini juga dibintangi oleh barisan pelakon seperti Dato Jalaluddin Hassan, Datin Fadilah Mansor, Yasmin Hani, Janna Nick, Shaza Bae, Meerquen, Dalear Yousuf dan ramai lagi.
Jangan lupa untuk menyaksikan #MarryMeSenorita setiap Isnin hingga Khamis, 10 malam di ASTRO RIA atau RIA HD atau STRIM DI ASTRO GO dan ULTRA BOX!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

Janna Nick Percaya Hanya Allah Penentu Rezeki Anak, Walau Mampu Buat IVF - "Kalau Allah Kata Tak Jadi, Maka”

gempak
07/11/2024
15:25 MYT
Jelas Janna, mempunyai wang yang banyak dan mampu untuk membuat rawatan In Vitro Fertilisation (IVF) tidak menjamin baginya untuk mendapat zuriat.
Hiburan

Ikut Petua Orang, Janna Nick Pernah Minta Nabila Razali Pijak Ibu Jari Kaki - "Saya Terdesak Nak Baby"

gempak
06/11/2024
18:55 MYT
Penyanyi, Nabila Razali memberikan kata-kata semangat buat aktres, Janna Nick yang meluahkan rasa kecewa selepas menerima komen jahat netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan.
Hiburan

Terkesan Dengan Video Janna Nick, Aprena Manrose Minta Hormati Privasi Soal Zuriat - “Lapan Tahun Tahan Dengan Mulut Orang”

gempak
06/11/2024
03:55 MYT
Aprena atau Wan Syahera Putri Aprena Wan Syahman, 31, meluahkan rasa kecewanya itu pada satu hantaran di Instagram Story, pada Selasa.
Hiburan

Sarimah Ibrahim Titip Pesanan Untuk Janna Nick, Anggap Perjalanan Nak Jadi Ibu Adalah Unik - “Saya Berumur 41 Tahun Ketika…”

gempak
06/11/2024
01:55 MYT
Pelakon Che Puan Sarimah Ibrahim turut memberi kata-kata semangat kepada pasangan selebriti Janna Nick dan suaminya, Dini Schatzmann yang terkesan dengan komen negatif netizen melibatkan zuriat.
Hiburan

Luahan Janna Nick Buat Ramai Rakan Selebriti Sebak - “Mulut Orang Memang Jahat, Tolong Kuat & Teruskan Berdoa"

gempak
06/11/2024
01:25 MYT
Video pelakon Janna Nick meluahkan rasa sedih apabila menerima komen netizen yang menuduh suaminya iaitu aktor Dini Schatzmann terlebih hormon perempuan turut membuatkan rakan selebriti berasa sebak.
Unitar