Marsha Kongsi Kisah Kembara Rohani Dalam Naura Shares Malam Ini!
Asraf Aided
04/09/2020 07:28 MYT
04/09/2020 07:28 MYT
Hidayah dan perjalanan rohani merupakan sesuatu yang sangat peribadi dan bukan mudah untuk dikongsi kepada umum.
Banyak sensitiviti dan hati yang perlu dijaga, begitulah hakikatnya dengan kebanyakan mualaf atau saudara baru yang mengharungi penghijrahan.
Dalam Naura Shares episod 6 malam ini, penyanyi dan pengacara Marsha Milan akan berkongsi cerita dan pengalamannya mengharungi proses penghijrahan.
Sudah tentu banyak cabaran dan liku ditempuh Marsha tambahan lagi dia merupakan seorang figura yang dikenali dalam industri hiburan.
Naura Shares yang kini memasuki musim ke-14 ditayangkan setiap Jumaat, jam 9.00 malam di NAURA (saluran 109).
Dihoskan oleh Hana Ismail, Naura Shares musim ke-14 turut menampilkan tetamu jemputan lain seperti Ashraf Muslim, Ernie Zakrie, Naim Daniel dan ramai lagi.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikannya!