Penyanyi dan pelakon Marsha Milan Londoh bakal melancarkan produk kosmetik sendiri menerusi kolaborasi bersama isteri Hazama, Genervie Kam.

Kata Marsha, produk itu bertemakan pemerkasaan wanita dan akan mengeluarkan beberapa rangkaian produk lain selain kosmetik.

"Saya dan Genervie berkolaborasi untuk mengeluarkan produk kosmetik dengan mengangkat tema 'women empowerment'.

"Barangan yang akan dikeluarkan demi mengangkat martabat golongan wanita dan menjadikan wanita lebih yakin.

"Cuma setakat ini kami akan keluarkan produk kosmetik terlebih dahulu sebelum meneruskan produk lain.

"Saya pun masih belajar menjadi usahawan, jadi mula kecil-kecilanlah terlebih dahulu," katanya kepada HLive.

Marsha tampil dengan single terbaharu berjudul Bimbang yang bakal dimuatkan dalam drama bersiri popular Nur 2.

Untuk berita hiburan yang padat dengan informasi, jangan lupa saksikan HLive! yang bersiaran pada setiap Isnin hingga Sabtu pada jam 8.30 malam di Astro Ria (104) dan Astro Ria HD (123).