gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Kerap Terima Soalan Sama, Mia Sara Nasuha Mula ‘Rimas’ - “Boleh Tak Berhenti Tanya Kenapa Tak Berlakon Dah?”
HIBURAN
Tak Perasan Ibu Mentua Kongsi Ucapan ‘Birthday’, Bella Astillah Jawab Dakwaan Tidak Izin Keluarga Aliff Aziz Jumpa Anak
HIBURAN
Imbau Kenangan Waktu Kecil, Noor Kumalasari Kongsi Kehidupan Terkini Anita Sarawak - “Dia Sudah Tidak Mahu…”
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Martabat Misi Berdarah: Adrian Teh, Zahiril Adzim Hargai Kru Belakang Tabir - “Tanpa Mereka, Filem Tak Akan Jadi”

Mya Amri
Mya Amri
03/06/2025
13:43 MYT
Sponsor Banner
Martabat Misi Berdarah: Adrian Teh, Zahiril Adzim Hargai Kru Belakang Tabir - “Tanpa Mereka, Filem Tak Akan Jadi”
Pengarah, Adrian Teh memuji usaha pelakon, Zahiril Adzim dalam mengarahkan filem terbaharu berjudul Martabat: Misi Berdarah.
Menurut Adrian, idea diketengahkan oleh Zahiril untuk mengangkat mereka yang bekerja di sebalik tabir adalah satu usaha bijak selain menghargai pengorbanan kru-kru dalam industri seni.
“Pada mulanya kami berbincang mahu lakukan cerita apa dan idea ini tercetus disebabkan oleh Zahiril yang mahu berkongsi kisah mengenai belakang tabir perfileman.
“Jadi bila kami berbincang, saya rasa ini adalah topik yang sangat menarik sebab rasanya tak pernah pun kita berikan perhatian terhadap kisah pelakon tambahan dan juga kru di sebalik tabir.
“Kalau tanpa mereka, tanpa kru atau extra, filem tak akan jadi, mereka merupakan salah satu elemen yang sangat penting tetapi selalu tidak diketengahkan.
“Sebab itu kami merasakan ini adalah idea yang bagus. Jadi daripada situlah kita fikir bagaimana boleh tunjukkan cara nak menghargai orang-orang di belakang tabir,” ujarnya kepada Gempak.
Adrian berkata demikian ketika ditemui pada sesi ujibakat Martabat: Misi Berdarah yang berlangsung di AEON Nilai, Seremban, baru-baru ini.
Martabat: Misi Berdarah dibintangi oleh Zahiril Adzim, Nafiez Zaidi, Fad Bocey, Elvina Chua, Shiqin Kamal, Emma Maembong, Iedil Putra, Nelissa Nizam, Tony Eusoff dan ramai lagi.
Filem ini dijadualkan di pawagam bermula 12 Jun 2025.
Topic Berkaitan
#Zahiril Adzim
#Adrian Teh
#Martabat Misi Berdarah
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement