Marvel & Disney Sahkan Filem Black Panther 2 Akan Berada Di Pawagam 6 Mei 2022

Azwa Rahman
Ogos 25, 2019 07:30 MYT
Filem adiwira Black Panther 2 dijadualkan akan keluar di pawagam pada 6 Mei 2022.
Memetik laporan The Verge, pengumuman itu dibuat sewaktu Expo D23 oleh Presiden Marvel Studio, Kevin Feige dan turut disertai sutradara yang bakal mengarah filem tersebut, Ryan Coogler.
Filem Black Panther 2 merupakan beberapa francais dalam fasa keempat Marvel Cinematic Universe (MCU) disamping The Eternals, Thor: Love and Thunder dan Doctor Strange in the Multiverse of Madness.

Director Ryan Coogler just joined Kevin Feige on stage to announce that Marvel Studios’ Black Panther 2 will open in theaters May 6, 2022. #D23Expo pic.twitter.com/IkAMCuwmkQ

— Disney (@Disney) August 24, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Feige bagaimana pun tidak mengulas lanjut tentang Black Panther 2 saling berkait dengan watak WandaVision, The Falcon atau Loki tetapi meminta peminat jangan terkejut jika watak-watak ini membuat kemunculan.
Black Panther merupakan salah satu filem MCU pecah panggung dengan kutipan tertinggi mencecah USD700 juta (RM2.9 bilion).
Filem pertama Black Panther dibintangi oleh Chadwick Boseman, Michael B. Jordan, Lupita Nyong’o, Letitia Wright, Danai Gurira, Angela Bassett, Winston Duke, Forest Whitaker and Sterling K. Brown.
Namun, barisan pelakon untuk sekual kedua ini masih belum didedahkan.
Expo D23 merupakan sebuah konvensyen tahunan anjuran pihak Disney dimana mereka akan mengumumkan sebarang berita dan pengumuman kepada pihak media dan peminat filem seluruh dunia.
Terdahulu, Marvel telah mengumumkan akan mengadakan fasa keempat dalam MCU sewaktu Comic-Con di San Diego.
#Filem #Filem #Marvel #Black Panther 2