Siri ini termasuklah The Falcon and The Winter Soldier, Loki, WandaVision, Hawkeye dan animasi pertama Marvel iaitu What If...
Kesemua ini dijangka ditayangkan antara 2020 hingga 2021.
Namun, pengumuman itu tidak terhenti di situ kerana menerusi D23 Expo 2019 yang berlangsung di Anaheim, California sebentar tadi, Disney telah mengumumkan tiga lagi siri terbaru mereka.
Antara yang dilancarkan termasuklah She-Hulk, Ms. Marvel and Moon Knight.
Just announced at #D23Expo, SHE-HULK, an original series from Marvel Studios, only on Disney+ pic.twitter.com/vYTUqyxl2E
— Disney (@Disney) August 23, 2019
Dalam komik, She-Hulk, atau Jennifer Walters merupakan sepupu Bruce Banner. Jennifer kemudian bertukar menjadi hulk menerusi proses pemindahan darah daripada Bruce.
Watak Ms Marvel pula pertama kali dipamerkan menerusi Carol Danvers yang kemudiannya mengambil identiti Kapten Marvel. Peranannya sebagai Ms Marvel kemudian diserahkan kepada Kamala Khan, watak Muslim pertama dalam siri komik MarvelJust announced at #D23Expo, MS. MARVEL, an original series from Marvel Studios, only on Disney+ pic.twitter.com/QZA1ybPZhw
— Disney (@Disney) August 23, 2019
Akhirnya sekali watak Moon Knight atau Marc Spector merupakan bekas CIA agent yang mempunyai personaliti berbeza dan keupayaan luar biasa.Just announced at #D23Expo, MOON KNIGHT, an original series from Marvel Studios, only on Disney+ pic.twitter.com/zHCy0cHNeE
— Disney (@Disney) August 23, 2019
Sejauh mana karakter ini ditonjolkan menerusi siri ini, sama-sama kita nantikan.