Marvel Umum 3 Lagi Siri Disney Plus! She-Hulk, Ms. Marvel &....

Hanafis Haris
Ogos 24, 2019 05:03 MYT
Seperti yang kita sedia maklum, Marvel telah mengumumkan beberapa siri 'live-action' yang bakal ditayangkan menerusi platfiorm Disney Plus pada acara Comic Con beberapa bulan lalu.
Siri ini termasuklah The Falcon and The Winter Soldier, Loki, WandaVision, Hawkeye dan animasi pertama Marvel iaitu What If...
Kesemua ini dijangka ditayangkan antara 2020 hingga 2021.
Namun, pengumuman itu tidak terhenti di situ kerana menerusi D23 Expo 2019 yang berlangsung di Anaheim, California sebentar tadi, Disney telah mengumumkan tiga lagi siri terbaru mereka.
Antara yang dilancarkan termasuklah She-Hulk, Ms. Marvel and Moon Knight.

Just announced at #D23Expo, SHE-HULK, an original series from Marvel Studios, only on Disney+ pic.twitter.com/vYTUqyxl2E

— Disney (@Disney) August 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Dalam komik, She-Hulk, atau Jennifer Walters merupakan sepupu Bruce Banner. Jennifer kemudian bertukar menjadi hulk menerusi proses pemindahan darah daripada Bruce.

Just announced at #D23Expo, MS. MARVEL, an original series from Marvel Studios, only on Disney+ pic.twitter.com/QZA1ybPZhw

— Disney (@Disney) August 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Watak Ms Marvel pula pertama kali dipamerkan menerusi Carol Danvers yang kemudiannya mengambil identiti Kapten Marvel. Peranannya sebagai Ms Marvel kemudian diserahkan kepada Kamala Khan, watak Muslim pertama dalam siri komik Marvel

Just announced at #D23Expo, MOON KNIGHT, an original series from Marvel Studios, only on Disney+ pic.twitter.com/zHCy0cHNeE

— Disney (@Disney) August 23, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Akhirnya sekali watak Moon Knight atau Marc Spector merupakan bekas CIA agent yang mempunyai personaliti berbeza dan keupayaan luar biasa.
Sejauh mana karakter ini ditonjolkan menerusi siri ini, sama-sama kita nantikan.
#Marvel #DisneyPlus #Hulk