,
Laman Utama

Mary J. Blige Tak Percaya Cecah Usia 50 Tahun: "Saya Menangis Macam Bayi"

Maliah Surip
24/02/2021
07:13 MYT
Rapper dan aktres Mary J Blige mencecah usia 50 tahun pada 11 Januari 2021 lalu.
Muncul sebagai tetamu dalam episod terkini The Ellen DeGeneres Show, Blige mengaku dirinya teruja kerana berkesempatan mencecah usia 50 tahun.
Pelantun lagu Family Affair itu mengungkapkan mencecah usia 50 tahun adalah sebuah pencapaian besar bukan sahaja buat dirinya, tetapi buat yang lain juga.
"Apabila jam berbunyi 12 kali menandakan tepat 12 malam, saya menangis seperti bayi kerana telah berjaya mencapainya (50 tahun)," ujar Blige seperti dilaporkan ENews.
Pemenang sembilan kali Grammy Awards ini kemudian melanjutkan: "Saya menjalani kehidupan yang sangat sukar sepanjang hidup ini. Dan mencecah usia 50 tahun adalah sebuah hal yang indah."
Terdahulu, Blige bercerita mengenai zaman kemuncaknya dalam dunia seni sehingga pandemik Covid 19 membadai dunia.
"Sebenarnya saya tidak suka mendengar suara sendiri dan melihat semula lirik lirik yang telah saya hasilkan lebih dua dekad lalu ia sangat mengujakan.
"Saya duduk dan berfikir bagaimana dulu boleh hidup dengan dadah, alkohol dan semuanya saya ceritakan dalam lirik walaupun ketika itu masih muda.
"Dan mendengarnya kembali terutama album My Life yang saya hasilkan pada tahun 1994 di saat pandemik, saya seperti tidak percaya. Saya melakukannya dan sampai ke tahap ini," luah wanita ini.
Kredit Foto: WeGow
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Suami Gubahkan Lirik Lagu Buat Kieda Crepe - "Masya-Allah, Buatkan Saya Menangis"

gempak
18/11/2024
12:55 MYT
Usahawan Kieda Crepe kembali menjadi tumpuan warganet apabila suaminya, Amy, menghadiahkan sebuah lagu khas untuk isterinya dengan lirik yang diubah bagi menyuntik semangat.
Hiburan

Letup Belon Majlis Gender Reveal, Nabila Razali & Suami Bakal Timang Anak Lelaki!

gempak
17/11/2024
09:25 MYT
Penyanyi Nabila Razali mengumumkan bakal menimang bayi lelaki tidak lama lagi.
Hiburan

Bawa Watak Bapa, Qi Razali Menangis Kenang Arwah Bapa – “Dia Tak Pernah Tengking, Marah Dan Pukul Kecuali…”

gempak
02/11/2024
04:50 MYT
Pelakon dan pengacara Qi Razali mengakui pertama kali mengalirkan air mata menonton filem lakonannya sendiri.
Berita

Nekad 'Larikan ' Bayi Pramatang Berusia 17 Hari

gempak
27/10/2024
11:55 MYT
Ia sememangnya ajaib.
Berita

Pelajar Malaysia Dihukum Penjara Seumur Hidup, Bunuh Bayi Sendiri Di UK

gempak
26/10/2024
01:03 MYT
Seorang pelajar Malaysia di United Kingdom (UK) yang meletakkan bayi yang baru dilahirkan ke dalam kotak bijirin sejurus selepas kelahiran pada Mac tahun ini dan menyembunyikan kotak itu dalam sebuah beg pakaian, telah dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dengan tempoh minimum 17 tahun.
Unitar