Mary J. Blige Tak Percaya Cecah Usia 50 Tahun: "Saya Menangis Macam Bayi"
Maliah Surip
24/02/2021 07:13 MYT
24/02/2021 07:13 MYT
Rapper dan aktres Mary J Blige mencecah usia 50 tahun pada 11 Januari 2021 lalu.
Muncul sebagai tetamu dalam episod terkini The Ellen DeGeneres Show, Blige mengaku dirinya teruja kerana berkesempatan mencecah usia 50 tahun.
Pelantun lagu Family Affair itu mengungkapkan mencecah usia 50 tahun adalah sebuah pencapaian besar bukan sahaja buat dirinya, tetapi buat yang lain juga.
"Apabila jam berbunyi 12 kali menandakan tepat 12 malam, saya menangis seperti bayi kerana telah berjaya mencapainya (50 tahun)," ujar Blige seperti dilaporkan ENews.
Pemenang sembilan kali Grammy Awards ini kemudian melanjutkan: "Saya menjalani kehidupan yang sangat sukar sepanjang hidup ini. Dan mencecah usia 50 tahun adalah sebuah hal yang indah."
Terdahulu, Blige bercerita mengenai zaman kemuncaknya dalam dunia seni sehingga pandemik Covid 19 membadai dunia.
"Sebenarnya saya tidak suka mendengar suara sendiri dan melihat semula lirik lirik yang telah saya hasilkan lebih dua dekad lalu ia sangat mengujakan.
"Saya duduk dan berfikir bagaimana dulu boleh hidup dengan dadah, alkohol dan semuanya saya ceritakan dalam lirik walaupun ketika itu masih muda.
"Dan mendengarnya kembali terutama album My Life yang saya hasilkan pada tahun 1994 di saat pandemik, saya seperti tidak percaya. Saya melakukannya dan sampai ke tahap ini," luah wanita ini.
Kredit Foto: WeGow