HIBURAN
“Maryam Tengok Macam Daddy Tak Sayang…” - Luahan Anak Sulung Fizo Omar Buat Netizen Sebak
Sepotong video yang memaparkan anak sulung kepada pelakon, Fizo Omar iaitu Wan Maryam sewaktu melakukan sesi siaran langsung bersama ibunya, Mawar Karim di TikTok berjaya mendapat perhatian ramai.
Menerusi video yang dikongsikan semula pengguna TikTok @NurSyifa, Maryam meluahkan rasa seolah-olah semakin kurang mendapat perhatian daripada bapanya selepas Fizo kini memiliki tiga cahaya mata hasil perkahwinan terkininya bersama isteri, Fazeera Nazri Azrai.
undefined
“Maryam tengok macam daddy (Fizo) tak sayang.
“Awak ada ramai anak tapi anak sulung awak merasakan seperti awak dah tak suka padanya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, ramai pengguna media sosial menyifatkan luahan Maryam sebagai cerminan rasa hati seorang anak yang mungkin merindui keakraban dan kasih sayang seorang ayah.
“Anak sulung pun ada hati. Semoga Maryam terus kuat dan daddy sentiasa ada untuk dia,” tulis seorang pengguna TikTok.
Malah, ada yang memuji Mawar kerana memberi ruang kepada anaknya untuk meluahkan perasaan secara terbuka dan jujur.
Sekadar info, Maryam merupakan anak tunggal hasil perkahwinan terdahulu antara Fizo dan Mawar yang mendirikan rumah tangga pada tahun 2013 sebelum bercerai pada tahun 2019.
Fizo kemudiannya berkahwin dengan Fazeera pada Oktober 2021 dan hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Wan Khaleeda (3 tahun), Wan Umaira (2 tahun) serta seorang bayi lelaki yang baharu sahaja dilahirkan kira-kira seminggu lalu.