"Mas, Aku Lamar Kamu Jadi Suami, Mau Gak?"- Sharul Kamal Dilamar Wanita Indonesia Gara-Gara...

ZULHILMI JALIL
Februari 11, 2020 01:47 MYT
Penyanyi dan pelakon Sharul Kamal mendedahkan bahawa dirinya dilamar seorang wanita yang mahu menjadikannya sebagai seorang suami.
Sharul atau nama sebenarnya, Muhammad Sharul Amin Kamarozaman, 23, berkata lamaran tersebut diterima selepas sepotong video suaranya melaungkan azan menjadi viral di laman sosial.
Perkara itu dikongsikan Sharul menerusi satu entri di laman Twitter miliknya.
Dalam entri tersebut pelantun lagu Cantik itu berkongsi paparan mesej yang diterimanya daripada wanita yang menulis menggunakan bahasa Indonesia.
"Mas aku lamar kamu jadi suamiku mau gak? Aku tunggu jawabannya. Ayahku juga nyuruh calon menantunya ke rumah tuh," tulis wanita tersebut.

Antara dm yang aku terima sebabkan video azan ? pic.twitter.com/arVNZa8eA2

— Sharul Kamal (@smugglegreen) February 10, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Perkongsian Sharul itu kemudian menerima pelbagai respons dalam kalangan pengikutnya.
"Ramai eh nak masuk meminang?
"Bukan biasa-biasa penangan azan.
"Sekali azan buat semua orang jatuh cinta," tulis sebahagian netizen.
Terdahulu, video yang memaparkan kemerduan suara Sharul melaungkan azan tersebut diulang kicau hampir 40,000 kali di Twitter.
Video tersebut dirakam sewaktu dia berada di kawasan Makam Sultan Al-Muayyad, Mesir.

Tadi aku ziarah makam Sultan Al-Muayyad (sebelah tu). Aku saja test azan sebab shooting & kawasan ni memang tempat bilal dulu2 azan, sekali bilal masjid ni suruh aku azan sampai habis. Menggeletar weh. pic.twitter.com/c07hhEBNMh

— Sharul Kamal (@smugglegreen) February 6, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Penyanyi kelahiran Akademi Fantasia 2015 itu kini berada di Mesir bagi menjalani penggambaran sebuah program travelog.
#Penyanyi #Penyanyi #Sharul Kamal