gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Alpha Sedia Gegar Zepp KL, Janji Beri Kejutan Untuk Peminat Di Konsert Hael Husaini - “Kami Semua Dah…”
BERITA
Kanak-Kanak 6 Tahun Diperkosa Dua Kali Hingga Mati
GAYA HIDUP
The Experts: Kereta Tercalar Atau Kemek? Buat Dekat Rumah Sahaja, Jimat Pun Jimat
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

HIBURAN

Mas Khan ‘Bahagia’ Makan Bakso Tepi Jalan Dengan Isteri - “Orang Fikir Saya Tak Boleh Makan Makanan Jalanan Sebab…”

Umirah Halim
Umirah Halim
31/05/2025
23:55 MYT
Sponsor Banner
Mas Khan ‘Bahagia’ Makan Bakso Tepi Jalan Dengan Isteri - “Orang Fikir Saya Tak Boleh Makan Makanan Jalanan Sebab…”
Pelakon, Mas Khan mencuri perhatian ramai selepas memuat naik foto bersama isteri tercinta ketika sedang menikmati makanan jalanan semasa berbulan madu di Bali, Indonesia.
Menerusi satu hantaran Instagram Story, Mas Khan berkongsi gambar dirinya bersama isteri duduk di atas kerusi kecil di tepi jalan sambil menikmati semangkuk bakso, iaitu makanan jalanan yang popular di negara tersebut.
Apa yang menarik perhatian adalah kapsyen yang ditulis oleh Mas Khan, mengenai persepsi orang ramai terhadap dirinya.
Menurut Mas, ramai yang membuat andaian bahawa seseorang yang kaya atau terkenal tidak akan memilih untuk menjalani kehidupan sederhana, apatah lagi menikmati makanan jalanan seperti orang biasa.
Namun, bagi dirinya, momen seperti itu jauh lebih bermakna daripada segala kemewahan.
“Sesetengah orang fikir saya tak boleh makan makanan jalanan hanya kerana saya kaya, mereka selalu buat andaian yang bukan-bukan. Tapi gambar ini dah cukup untuk buktikan semuanya.
“Saya rindu saat-saat seperti ini, menjadi diri sendiri. Di sinilah kami, saya dan isteri duduk di atas kerusi kecil di tepi jalan, menikmati bakso kegemaran kami. Perkara yang ringkas, tetapi itulah kebahagiaan sebenar,” tulisnya.
Untuk rekod, Mas Khan mendirikan rumah tangga dengan pilihan hatinya, Anatasha Diana baru-baru ini dan kini sedang menikmati fasa bulan madu mereka di Bali.
Topic Berkaitan
#MAS
#makan
#Isteri
#Khan
#Bakso
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement