Hiburan
Masa Ambil Wudu, Tiba-Tiba 'Kedepang' .." - Heliza Helmi Terselamat Daripada Kejadian Sinki Pecah
Penyanyi Heliza Helmi mendedahkan kejadian di mana sinki jatuh pecah ketika dia sedang mengambil wuduk di sebuah klinik swasta.
Menurut Heliza perkara ini terjadi terlampau pantas serta bersyukur kerana tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Kisah menyayat hati hari ini (hayatilah kisah ini, end game)
"Begini kisahnya..Masa ambil wudu di sinki ni, tengah ambil wudu, TIBA-TIBA KEDEPANGGGG!!!
"Allahu Akbar!!! Segalanya dalam sekelip mata, sinki jatuh pecah (video ini diambil lepas dah kemas semua pecahan sinki, terima kasih staff @drsmilebangi yang bantu sangat pantas untuk bersihkan kawasan ini, masyaallah, may allah bless you guys, amin) CERMIN KU RETAK, RETAK TAK BERIBU, PAIP AIR TERUS TAK KELUAR AIR! Ni magik ke apa niii.
"Innalillahi wa inna ilaihi rojiun, masa tu speechless sangat!!! Dah la first time datang klinik @drsmilebangi, datang-datang je buat hal.
"Tapi Kakja nak pi solat, ambil wudhu je, tak buat HAL pun. HALAMAK, camne niii...
"Masa tu Doktor dan Staff @drsmilebangi terus keluar dan tengok Kakja, dan benda pertama dorang kata “Heliza OK?”
"MasyaAllah time tu Kakja kata, “saya Alhamdulillah Okay, yang tak OK Sinki cermin semua ni, saya ambil wudu je, tapi taktau la kenapa, kuat sangat ke saya ambil wudu sampai jadi gini.
“Maafkan saya, saya nak ambil wudhu je, tapi tak tau apa ke ganaz nya saya ambil wudu sampai begini jadinya.
"Dorang sangat baik, dorang kata, “Tak Apa Tak Apa”.
"Kakja kata “ nanti bagitahu berapa, saya bertanggungjawab untuk ganti rugi balik, salah saya, saya ambil wudu camne ntah sampai begitu jadinya”
"Doktor @drsmilebangi dengan keadaan tak marah dan bagitau “Heliza tak perlu tanggung apa apa kerugian atas kerosakan tadi, hanya doakan @drsmilebangi murah rezeki”
"Ya Allah jangan begitu, memang saya perlu bertanggungjawab dalam hal ni.
"Mohon kalian semua untuk doakan @drsmilebangi diberikan keberkatan dan keafiatan, dijauhkan kemudaratan dan diberikan kebaikan dunia akhirat.
"AAAMIIN (Mohon Aamiinkan DOA ini)
"Ps: sedih tak cerita kakja ni...(lepas ni patient lain yang selalu gunakan sinki ni, sinki ni dah tak ada di dunia ini, maafkan saye)," tulisnya.
Rata-rata pengikutnya bersyukur kerana Heliza terselamat daripada sebarang kecederaan serta menyatakan bukan disebabkan kesilapannya sinki itu pecah.
Must-Watch Video